View: 1452|Reply: 14
|
[Tempatan]
Bagi subsidi ikan kembung untuk rakyat
[Copy link]
|
|

Kerajaan dicadang memberi subsidi ikan kembung supaya dapat meringankan beban golongan kurang mampu.
Bagi subsidi ikan kembung untuk rakyat
ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menyarankan kerajaan supaya menyediakan subsidi ikan kembung supaya rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga hidupan marin itu.
Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, tindakan itu dapat membantu mengawal harga ikan tersebut sekali gus meringankan beban rakyat.
“Ikan sejuk beku jenama Q Fish pula tiada stok kerana kekurangan bekalan ekoran musim tengkujuh dan monsun.
“Kerajaan boleh mengimport ikan kembung dari negara jiran bagi menampung kekurangan bekalan pada musim tengkujuh,” katanya.
Menurut Mohamad Yusrizal, bagi mengatasi masalah kekurangan telur pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan perlu mengambil langkah membendung perkara itu.
“Bagi isu minyak masak peket pula, Cake mencadangkan supaya jumlah kuota bekalan itu ditambah dan dihantar terutamanya di kawasan kampung dan bandar yang mempunyai ramai penduduk B40.
“Di samping itu, kerajaan perlu menguatkuasakan pengawalan terhadap minyak masak tidak bersubsidi supaya harga yang dijual tidak terlalu tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, berdasarkan lawatannya ke sebuah kampung baru-baru ini, ada penduduk yang kurang berkemampuan mengambil inisiatif menjala ikan di sungai sebagai sumber protein untuk santapan tengah hari dan malam.
SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... mbung-untuk-rakyat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya ikan kembong..tapi mahal bebenor..kat sini sekilo rm19++..itu pun dapat lebih kurang 5 ekor saiz sedang..huhuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mmng patern gov mcm ni kan? Bilaasuk pilihan raya baru nak bagi subsidi itu ini..maka benda bolrh dibuat sblum PRU lagi...benda asaS kot makAnan kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat penang ni depa juai ikan pakai kati bukan kilo. Sekati ikan kembung rm7. Mahal la cam dulu2 juga. Org kedah tak biasa harga mahal2 ni sbb ikan kat kedah biasanya murah ja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita ni keliling laut..tapi ikan Kita Harga mahal..ikan kembung Pon dah mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Musim tengkujuh takda ikan katanya. Tapi ikan luar negara ada pulak untuk diimport. Something wrong dengan industri ikan dalam negara nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi nelayan tetap miskin.....sepatutnya dgn rega ikan ngalah yahudi suma nelayan dh pakai hellfire & sskjp suma pakat kelik kg....gi kelaut kita........pelik la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Jihad inflasi tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
Tukarlah ikan lain ikan parang ikan kapak ikan mata besar, ai elergi ikan kembung, |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau lah pemimpin atasan tu berakal, mereka patut sedey dgn keadaan rakyat sampai makan pun bercatu. bukan sedey saja, yg berkuasa tu perlulah buat sesuatu. |
|
|
|
|
|
|
|
ikan kembung mahal tp kalau segar elok tkpe $17-$18 sekilo.
utk meow aku rebus ikan saba makerel atau sardin polang.. murah skit |
|
|
|
|
|
|
|
Ke mana perginya hasil tangkapan ikan di perairan kita selama ni ye? Kita dikelilingi laut, patutnya takda masalah supply. Zaman dulu ikan murah aje. Lagi murah drpd ayam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|