Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah gandingan mantap bersama aktor Aedy Ashraf menerusi telefilem ‘Dania’ bersiaran di TV3 mendapat pelbagai respons penonton.
Bukan itu sahaja, telefilem yang ditayangkan pada Ahad lalu turut trending di laman sosial Twitter. Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan penonton teruja melihat kolaborasi Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu bersama lakonan hebat Aedy. Bukan itu sahaja, gandingan Aqish dan Aedy hangat diperkatakan selepas wajah mereka dikatakan seperti adik-beradik seiras menjadikan telefilem tersebut sangat menyentuh perasaan penonton.
Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Aqish meluahkan rasa teruja apabila diberi kesempatan untuk berlakon bersama aktor Kisah Cinta Kita itu. Sebelum ini, Aedy menerusi ruangan Twitter berkongsi foto bersama Aqish berserta kapsyen yang sama iaitu menggelar aktres berbakat besar ini sebagai pelakon wanita kegemaran ramai. Sementara itu, Aqish turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menonton telefilem itu sehingga trending. Menjengah ke ruang komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menzahirkan kata-kata pujian terhadap pengarah drama tersebut yang cuba memberi tumpuan dan fokus kepada isu gangguan seksual oleh guru di sekolah.
|
ADVERTISEMENT