Peminat filem Hindustan pasti kenal pasangan suami isteri Kareena Kapoor dan Saif Ali yang dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Taimur, 7, dan Jehangir, 3.
Tahun ini sambutan perayaan Deepavali sudah semestinya meriah bagi keluarga kedua-dua pihak. Apatah lagi dengan kehadiran dua anak mereka. Sambutan Deepavali pasangan Kareena-Saif tahun ini diadakan di rumah agam baharu mereka. Seperti pengguna media sosial yang lain, Kareena turut berkongsi gambar-gambar sambutan Deepavali bersama keluarga di laman sosial Instagram beliau dengan menggunakan akaun KareenaKapoor.
Kareena kelihatan amat menawan dengan memakai sari merah manakala suaminya, Saif dan anak-anak lelaki memakai kurta berwarna hitam. Namun salah satu gambar yang dimuat naik di Instagram telah menarik perhatian netizen kerana aksi lucu anak bongsu Kareena-Saif yang buat perangai atau tantrum. Anak pasangan ini yang bernama Jehangir buat perangai dengan berbaring atas lantai dan menangis sedangkan kedua ibu bapanya hanya menahan tawa. Kareena menerusi Instagramnya mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua peminatnya. Sumber: Suara Merdeka
|
KamikuP replied at 26-10-2022 12:42 AM
Baka baik putih melepak sungguh anak depa ni kalah si bilal khuenzzz
KamikuP replied at 26-10-2022 08:42 AM
Baka baik putih melepak sungguh anak depa ni kalah si bilal khuenzzz
imanamsyar replied at 26-10-2022 08:43 AM
kurus dah taimur..dulu tembam2 omey..
casper2022 replied at 26-10-2022 01:10 PM
mak ayah be like : Lantak kau la nak...
alesandra: India boleh pakai hitam ye mas ...
lattehazelnut replied at 26-10-2022 02:41 PM
Comelnye anak2 dia
alesandra replied at 26-10-2022 02:13 PM
India boleh pakai hitam ye masa raya? yg x boleh tu putih ye?
alesandra replied at 26-10-2022 02:13 PM
India boleh pakai hitam ye masa raya? yg x boleh tu putih ye?
Page88 replied at 27-10-2022 09:10 AM
White is worn only during Funerals. Black is acceptable.
ADVERTISEMENT