Jihan Muse, 39, mengambil keputusan berehat sementara dari sebarang kegiatan seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan pada 6 September lalu.
Perkara itu dikongsikan pihak pengurusan bakat yang dinaungi Jihan iaitu Laugh Out Loud Entertainment menerusi satu kenyataan. Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab menerusi kenyataan itu berkata, pihaknya selaku pengurusan Jihan memaklumkan wanita itu kini berehat seketika. "Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam programGegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.
"Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini," katanya. Abdul Afiq berkata, Jihan bagaimanapun menzahirkan rasa gembiranya ketika menyaksikan GV9 tahun ini dan sentiasa mengikuti perkembangan program itu.
|
gerbera.memopad: Bukan mengekalkan kemeriahan t ...
dudaberhias replied at 25-10-2022 01:25 PM
team kepommm... go go kepom... maaf jihan dah boleh bersara dan jaga anak serta laki agittewww... la ...
ADVERTISEMENT