CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7976|Reply: 67

Jihan Muse Berehat, Tumpang Seronok Elly Mazlein Mampu Buat GV9 Kekal Trending

[Copy link]
Post time 25-10-2022 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Jihan Muse, 39, mengambil keputusan berehat sementara dari sebarang kegiatan seni kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak keduanya yang dilahirkan pada 6 September lalu.


Perkara itu dikongsikan pihak pengurusan bakat yang dinaungi Jihan iaitu Laugh Out Loud Entertainment menerusi satu kenyataan.


Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab menerusi kenyataan itu berkata, pihaknya selaku pengurusan Jihan memaklumkan wanita itu kini berehat seketika.


Foto: IG






"erkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam programGegar Vaganza 9 (GV9) kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya.


"Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini," katanya.


Abdul Afiq berkata, Jihan bagaimanapun menzahirkan rasa gembiranya ketika menyaksikan GV9 tahun ini dan sentiasa mengikuti perkembangan program itu.




  



Katanya, Jihan juga berpendapat Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara tersendiri.


"Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program tv yang sentiasa 'trending' (sohor kini) di semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat," katanya.




  



  



Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mengekalkan kemeriahan tapi Kak Pom Pom lebih-lebih meriahnya. I prefer Kak Pom Pom, harap GV tahun depan dia mengacara lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad: Bukan mengekalkan kemeriahan t ...


Setuju. Memang kak lina telah meng-upgrade GV9 dengan style tersendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:25 PM | Show all posts
team kepommm... go go kepom... maaf jihan dah boleh bersara dan jaga anak serta laki agittewww... lagipun penyampaian heshe ramai penonton tak boleh tangkap... kak lina orang menyampah bila over jah... tapi waktu dia mengacara biasa2 tu best je... meriah rasa dan banyak crowd interaction... lagi lawak dari si hajbil...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa wasap jahtongkol ye jihan utk tips nak pam tek
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gv skarang dah next level punya hype. Lawak2 jihan dan x relevan lagi terutama lawak dgn nabil yg asyik bahan tokram dah tua dgn body shaming org. Its about time jihan mengundur diri. Berundur masa org masih suka lagi bgs drpd terus bertahan masa org dh tak suka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry jihan..kitorg dah suke kak Kepom..awk boleh berehat jaga anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by srisofe at 25-10-2022 10:15 PM

We want kak Lina pom pom for GV 10 .. Jihan boleh berehat dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Team kepom ..walaupun tgk gv kt tiktok sajerr
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Team Kepom juga.

Akak benci tengok Nabil dan Jihan punya lawak dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 25-10-2022 01:25 PM
team kepommm... go go kepom... maaf jihan dah boleh bersara dan jaga anak serta laki agittewww... la ...

Antara pembaharuan sheol buat yang aiol paling suka is bagi moral support kat peserta2 bottem pi berdiri dekat mereka bila mereka sorang2 lagik masa segemen ALAL. Mungkin Kepom tinggi empati sebab pernah join GV jadik tahu gimana rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepom better walaupun kdang2 mcm kerasukan hype dia.. Jihan dh bosan la tgk.. Ngn nabil dlu modalnye bahan tokram je.. Elok la ko dok rumah je smp mengandung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:34 PM | Show all posts
sebelum kak lina ada dkt GV as pengacara, time nabil & jihan pengacara mesti iolls g toilet la, skip part theyols
skrg part kak lina, iolls tggu2.. peserta tak tengok sgt, still lagi rasa tak puas hati yg masih aktif join GV
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha btl2..gv9 ni mmg nk tgk host lebih dari peserta ...juri2 pon sporting gila season nih...tokram je la cover2..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak lina LG havoc . hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry Jihan, masa kau dha berlalu. Dulu kemain ko, anak emas Astenuk. Kawin pun, ada special programme. Aku pun, team Kak Kepom. Biarlah org nak kata dia mereng ke apa, at least, bila dia bersoal jawab dgn wartawan yg pasal isu sensitif, elok je hah dia normal Lemah lembut lagi berckp.
Jihan, bye bye. Kau ulit jelah laki biawak kau tu dkt rumah. Sama2 takde job
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kekalkan je kak lina ni. havoc habis
aku menyampah giler ngn si jihan ni. lgsg x best mengacara
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 07:45 AM | Show all posts
next season, buat 3 host la. letopan yach kalau threesome atas stage.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak lina best walau masuk air  .Selalu tgk GV season lain ,kdg2 tgk ,kdg2 tak .Tp GV9 ni dh jadi wajib tgk
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Perasan jgk time kepom dia xde bahan org lain kan? Ke ada mcm ckp tokram umo 100 thn.. dia mcm bahan diri dia sendiri n nampak supportive dgn peserta2 yg btanding. Juri2 esp syafinaz pun nmpk la enjoy n asyik gelak je.. nampk la dia suka kt kepoms layankan ajer… apapun time gv3 kaklina hype, time gv9 ni pun letops mmg sesuatu kaklina nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 09:59 AM GMT+8 , Processed in 1.513384 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list