Singapura: Pencipta kandungan, Nas Daily, mendedahkan dia memasuki Malaysia selepas membeli pasport sebuah negara di kepulauan Caribbean pada harga AS$150,000 (kira-kira RM710,000).
Nas Daily, atau nama sebenarnya, Nuseir Yassin memuat naik video mengenai perjalanan ke Malaysia, di Facebook dan YouTube, baru-baru ini. "Saya membeli warganegara (Saint Kitts and Nevis ) untuk menunjukkan negara ini (Malaysia)," katanya. Menerusi video berdurasi empat minit itu, Nuseir menunjukkan pasport Saint Kitts and Nevis, miliknya.
Dia juga menceritakan detik cemas ketika masuk dan meninggalkan Malaysia. Nuseir sebelum ini menyatakan dia tidak boleh memasuki Malaysia walaupun berada di Singapura, kerana dia adalah pemegang pasport Israel. Pencipta kandungan itu, yang mengendalikan syarikatnya di Singapura menunjukkan beberapa kawasan di Malaysia, dengan sebahagian besar video dirakam di Melaka. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan dan memiliki dua pasport dari dua negara berkenaan. "Dia (Nas Daily) seorang warganegara Israel, apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah beliau masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport negara lain, bukan pasport dari Israel. "Beliau menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dalam komuniti Carribean," katanya selepas Majlis Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai di sini, baru-baru ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Zazama replied at 25-10-2022 04:32 PM
Kenapa ye dia 'up' kan kejayaannya dapat masuk Malaysia di medsoc? Ada udang di sebalik meeee..
tripleid replied at 25-10-2022 04:41 PM
Suka tgk video2 pendek dia..byk memberi inspirasi
Btw mamat ni Arab islam,tapi warganegara je israe ...
Rdizz replied at 25-10-2022 04:57 PM
Katanya dah tak islam dah, tak tau betul ke idak.
tripleid replied at 25-10-2022 05:48 PM
Ye ke..x tau la pulak..tapi video2 byk jgk psl negara uae ,dok puji2 gomen islam uae pandai tadbir ...
JunkMail replied at 25-10-2022 06:00 PM
Dah bukan Islam. Beliau ialah Palestinian Jew. Mestilah puji UAE sebab UAE dah menjalinkan hubunga ...
ADVERTISEMENT