Pelakon Abhishek Bachchan, 46, menarik perhatian netizen apabila 'menyekolahkan' seorang pengguna Twitter yang menggelarnya sebagai penganggur, baru-baru ini.
Menerusi bebenang ciapannya iaitu 'adakah orang masih membaca surat khabar?' yang ditujukan kepada seorang wartawan, pertanyaannya itu mendapat pelbagai reaksi. Satu komen cukup menarik perhatiannya di mana individu terbabit meninggalkan kenyataan agak biadap. "Orang cerdik masih (membaca). Bukan seorang penganggur seperti anda," komen pengguna terbabit.
Enggan mengabaikan komen itu, dia membalasnya dengan cukup berhemah. "Oh begitu. Terima kasih atas input anda. Apapun, kecerdikan dan pekerjaan tidak berkaitan. Ambil diri anda sebagai contoh. Saya pasti anda ada kerja, saya pasti juga (menilai ciapan anda), bahawa anda tidak cerdik," balasnya. Pelakon terbabit sememangnya kerap menjadi mangsa gurauan di alam maya. Lakonannya dibanding dengan bapanya juga legenda Amitabh Bachchan, cita rasa fesyen dan keperibadiannya. Bagaimanapun, Abhishek sentiasa tahu bagaimana untuk menutup mulut individu yang cuba mempersendakan dirinya. Sumber: Harian Metro
|
mily replied at 26-10-2022 11:26 PM
Love his acting...tp mcm unsecure life ngan aishu ja.. Huhu.. Suk tgk cute couple ni
ADVERTISEMENT