Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan rindu untuk membuat kerja-kerja kebajikan rakyat.
Perkara itu disampaikan kepada anaknya, Nooryana Najwa ketika melawat Najib di Penjara Kajang. Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, Najib juga bimbang dengan nasib rakyat berikutan negara bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun hadapan. Najib juga sempat menyampaikan ucapan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada rakan-rakan kaum India yang menyambutnya.
“Hari ini genap dua bulan sejak daddy berada di Penjara Kajang. Saya tahu ramai yang bertanya tentang keadaan Bossku (Najib) kami. “Saya telah melawat DSN semalam dan beliau amanahkan saya untuk menyampaikan mesej mesej kepada semua, selamat menyambut perayaan Deepavali kepada rakan-rakan kaum India. Perubahan cuaca yang kerap, mohon rakan-rakan sekalian menjaga kesihatan,” katanya.
|
ADVERTISEMENT