Maestro muzik yang juga ketua juri Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan, Datuk Ramli MS mendedahkan, dia memarahi Dina Nadzir yang hilang fokus sewaktu raptai sebelum dimaklumkan, bapanya sedang tenat.
Jelas Ramli, nyanyian Dina pada sesi raptai, malam Sabtu lalu agak teruk dan memarahi penyampai radio itu tanpa mengetahui dia sedang berdepan situasi getir. “Saya jerit pada Dina kerana dia hilang fokus dan menyanyi seperti budak tadika. Saya tidak tahu Dina ada masalah yang menyebabkan dia hilang fokus. “Saya jenis jarang marah, tetapi terpaksa berkeras dengan niat mahu mengajar. Saya terpaksa menaikkkan suara kepada peserta untuk memastikan mereka memberikan persembahan terbaik, termasuk Dina.
“Selepas tahu keadaan bapanya sedang tenat dan terpaksa balik ke Johor pada malam itu juga, saya segera minta maaf,” katanya. Bapa Dina, Mohd. Nadzir Gulam, 64, menghembuskan nafas terakhir, Ahad di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat komplikasi paru-paru.
|
ADVERTISEMENT