CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Insaf, Pesakit Baru Meninggal Dunia Bau Wangi Semerbak Macam Ros Dan Kasturi

25-10-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4716| Komen: 45

Seorang doktor, @DrAinunNasihah melalui ciapannya di Twitter berkongsi pengalaman yang membuka matanya tentang kematian.

Cerita Dr Ainun yang merupakan seorang doktor bius, segalanya bermula apabila seorang pesakit baru sahaja meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital dipercayai tempat dia berkhidmat.

Ujarnya ketika jururawat sedang membuat persiapan sewajarnya untuk menghantar jenazah ke bilik mayat, haruman yang semerbak mula menyelubungi ruang berkenaan secara tiba-tiba.


Gambar Hiasan

"Saya bau satu wangian bunga yang sangat menyenangkan sehingga saya tidak mampu untuk menggambarkannya dengan kata-kata.


"Saya ada bertanya orang di sekeliling sama ada mereka menggunakan sebarang minyak wangi, tapi masing-masing mengatakan tidak.

"Bukan saya seorang sahaja yang menghidu wangian itu, ada beberapa orang lain yang turut sama bau wangian itu," tulisnya.

Mengakui dia merupakan seorang pengumpul minyak wangi, Dr Ainun bagaimanapun berkata haruman di dalam ICU itu sememangnya adalah sesuatu yang luar biasa.



"Saya memang meminati minyak wangi, saya ada mengumpul beberapa minyak wangi sebagai koleksi.

"Dan saya boleh katakan tak ada satu pun yang boleh disamakan dengan haruman yang saya bau dalam ICU itu.

"Haruman itu macam campuran bunga mawar dan kasturi. Sangat wangi dan saya tak nak lupakan bau itu," ujarnya.

Selain itu, Dr Ainun berkata jika diberikan peluang dia ingin mengambil haruman tersebut dan meletakkannya dalam botol untuk simpanan diri sendiri.

Bagaimanapun ujar Dr Ainun lagi, haruman yang dihidunya itu hanya terdapat dalam bilik yang menempatkan jenazah pesakit berkenaan.

"Bau dia memang localize dalam bilik arwah itu je. Keluar je pintu memang tak ada bau.

"Semoga Allah merahmati arwah dan menempatkan arwah bersama orang-orang soleh. Amin," doanya kepada pesakit yang telah meninggal dunia itu.

Dalam pada itu Dr Ainun memberitahu kejadian yang dilaluinya membuatkan dia menilai semula kesediaan andai dijemput ke negeri abadi kelak.

Kejadian yang menginsafkan itu telah menyebabkan wanita ini bermuhasabah diri.

"Sekarang saya rasa sebak. Semoga Allah menganugerahkan kita dengan pengakhiran husnul khatimah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita.

"Semoga Allah menghindarkan kita daripada azab dan menghadiahkan syurga kepada kita tanpa hisab," doanya.

Perkongsian Dr Ainun menarik perhatian ramai hingga ada yang turut berkongsi berdepan pengalaman sama.

Seorang netizen menceritakan dia menghidu haruman semerbak ketika mengebumikan arwah bapa saudaranya.

Seorang netizen turut melalui pengalaman sama ketika berada di sebuah tanah perkuburan. 

"My uncle meninggal few weeks ago. Sepanjang pengebumian dia, area tu smells so good.

"I pelik tapi diam. Apabila on the way nak ke kereta ambil barang, bau tu tak ada. Apabila pergi ke kubur uncle balik, ada bau tu.

"Bukan bau perfume. Bukan," katanya yakin.

Terdapat juga warga maya yang sempat bertanyakan kepada wanita itu tentang amalan arwah yang boleh dijadikan contoh.

Namun ujar Dr Ainun dia tidak sempat bertanyakan mengenai perkara itu kepada sesiapa yang berkaitan atau waris terdekat. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 25-10-2022 01:36 PM
Haish
Dan dan la anak.iols.nyanyi lagu bila izrail datang memanggil


Dolu tok iols meninggal...bau kopi...
Sebab mak ngah iols buatkan kopi utk tetamu yang dtg kat rumah tok iols...tibe2 tok iols dah takde...masa tu mmg dia dah lemah dah....
Quote rospinki 25-10-2022 02:01 PM
masa malam sebelum arwah mak meninggal malam tu angin sepoi membawa haruman bunga melur..trgt arwah nenek suka bunga ni di selit2 celah sanggul dia.
Quote alesandra 25-10-2022 02:12 PM
Aku percaya je sbb aku penah mengalaminya.bukan kt hospital la ..kt rumah
Quote alesandra 25-10-2022 02:14 PM
shernazz replied at 25-10-2022 01:36 PM
Haish
Dan dan la anak.iols.nyanyi lagu bila izrail datang memanggil


Bancuh kopi mmg boleh bau kop uols
Quote epullipan 25-10-2022 02:18 PM
alesandra replied at 25-10-2022 02:14 PM
Bancuh kopi mmg boleh bau kop uols

kiki bau kopi menjadi misteri gamaknya
Quote ifanonline 25-10-2022 02:31 PM
dgn izin tuhan, manusia hanya berdasarkan akal logik shj...
Quote shernazz 25-10-2022 03:27 PM
alesandra replied at 25-10-2022 02:14 PM
Bancuh kopi mmg boleh bau kop uols

Hahahahahaa
Saje je...
Iols baca time boring2 ngah rehat tadi
Quote kakikuDibibirmu 25-10-2022 03:44 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 25-10-2022 03:45 PM

Jangan-jangan Allahyarham tertelan insect repellent tak?



Quote dua_chzy 25-10-2022 03:44 PM
Edited by dua_chzy at 25-10-2022 07:47 AM

Bau hantu orang tu kot. Akak pernah tercium haruman tu kat sepital. Like reallyyyy wangi persis perfume. Ingatkan orang sebelah guna perfume (pukul 3 pagi sebegitu) or minyak urut, kasik urut2 anak dia. Begitu la kot haruman kasturi yang dimaksudkan? Masalahnya sedang akak terpana2 terbuai dengan keindahan haruman tu tetiba la pulak akak tak boleh bergerak. Hanatttttt. Bila sadar baru akak perasan bau tu pun turut hilang. Jilaka. Pegi katil sebelah cium2 takda bau apa pun siap deol pelik tengok akak. Akak bagitau la tercium bau harum mewangi yahamat. Deol bilang takda pun cium apa2.

Quote sangbara2020 25-10-2022 04:03 PM
xpenah alami
bukan macam bau minyak wangi kasturi tu ke
Quote Zazama 25-10-2022 04:04 PM
Kaka doakan diri kaka sendiri dan semua hamba2NYA direzekikan mati dalam khusnul khotimah, bukan dalam suul khotimah. Amin..
Quote Drmu 25-10-2022 04:14 PM
Agaknye slalu sedekah minyak wangi kat masjid2 kot
Quote tikusmontok 25-10-2022 04:40 PM
dua_chzy replied at 25-10-2022 03:44 PM
Bau hantu orang tu kot. Akak pernah tercium haruman tu kat sepital. Like reallyyyy wangi persis perf ...

Itu akak sorang yg bau..sah2 lak perfume kak ponti doktor tu bukan bau sorang2,org lain dlm bilik tu pun bau.
Quote 3chanceno 25-10-2022 05:00 PM
Pernah melalui pengalaman sebegini..selepas jenazah dimandikan & dikafankan di rumah, bau harum dalam rumah itu...sehingga jenazah diletakkan di bawah blok letak di papan long/keranda tu untuk dibacakan doa..bau harum macam bau bunga2 & minyak wangi..sebelum jenazah dikeluarkan dari van jenazah untuk ke liang lahad, kawasan tu harum semerbak...

Besoknya ramai jugak orang2 komen pasal bau harum tu, even jiran2 & teman2 famili..

Tapi meols memang kenal arwah & memang selalu tolong orang2..biar orang buat dia, kita redha, jgn balas..
Quote shernazz 25-10-2022 05:04 PM
dua_chzy replied at 25-10-2022 03:44 PM
Bau hantu orang tu kot. Akak pernah tercium haruman tu kat sepital. Like reallyyyy wangi persis perf ...

Ada someone iols kenal keje hospital..
Bila ada orang mati..mmg akan ada tanda2...
Dia plak.keje kat basement...mmg akan ada bau kapur barus etc...paling jelas bila cina mati...akan ada kelibat atau kacau2 area kawan iols keje tu
Tp situ mmg takde kapur barus pung...ada bilik mayat je...
Lepas tu mesri ada berita ada orang meninggal....
Quote dua_chzy 25-10-2022 09:37 PM
shernazz replied at 25-10-2022 09:04 AM
Ada someone iols kenal keje hospital..
Bila ada orang mati..mmg akan ada tanda2...
Dia plak.keje k ...

Ntah2 masa aiol tercium bau tu mungkin ada yang nak mati kot di sepital tu kan sis? Sekali tu ja aiol tercium. Pastu takda dah.
Quote dua_chzy 25-10-2022 09:39 PM
Edited by dua_chzy at 25-10-2022 01:41 PM
tikusmontok replied at 25-10-2022 08:40 AM
Itu akak sorang yg bau..sah2 lak perfume kak ponti  doktor tu bukan bau sorang2,org lain dlm bil ...


Ho, wangi ye bau ponti? Barangkali juga la sis sebab jahak hei ada ke patut pi tindih akak sampai takleh gerak sis. Akak ni tak reti nampak hantu secara fizikal tapi rasa, dengar, bau tu boleh. Tapi memang wangi sis. Macam bau minyak attar hada lime gitu sis. Sweet baunya. Refreshing gitu sampai buat aiol terjaga dari tidoq.
Quote Tinot7 25-10-2022 11:59 PM
dua_chzy replied at 25-10-2022 09:39 PM
Ho, wangi ye bau ponti? Barangkali juga la sis sebab jahak hei ada ke patut pi tindih akak sampai  ...

Dolu2 ada dgr bidan2 keje spital.. shif mlm2 slalu tiba2 akan terbau wangi lalu dari pintu masuk sampai ke blakang wad bersalin.. sumerang senyap jahh masa tu..
Tak nampak apa2.. cuma bau tuh jahh yg lalu..
Quote dua_chzy 26-10-2022 12:29 AM
Tinot7 replied at 25-10-2022 03:59 PM
Dolu2 ada dgr bidan2 keje spital.. shif mlm2 slalu tiba2 akan terbau wangi lalu dari pintu masuk s ...


Aiol tak pernah terhidu bau hantu mewangi gitu kak Tinot. Kalau bau bunga kubo tu pernah la tapi bukan wangi gitu. Memang wangi gilaaaaa macam perfume yang sangaaattt wangiiihhhh gituh. Aiol dok wad pediatrik masa tu.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.125278 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top