Susulan menerima komen positif peminat sehingga ada yang mendoakannya istiqamah berniqab, pelakon Sherry Ibrahim tampil menjelaskan kekeliruan ramai. Jelas pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim, 39, itu, dia tidak berniqab seperti sangkaan sesetengah pihak tetapi hanya mengenakan imej tersebut ketika menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa baru-baru ini.
Malah pelakon drama Teduhan Kasih itu juga berkata, dia memilih hadir dengan imej sebegitu kerana pilihannya sendiri atas sebab tertentu. “Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat serta manis untuk saya. Saya tidak berniqab. Hanya berniqab pada majlis ilmu hari itu atas sebab tertentu dan pilihan saya sendiri.
“Apapun, terima kasih kerana menjadi positif tentangnya. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan sentiasa beristiqamah,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory.
|
Goodluckdontcry: Edited by Goodluckdontcry at 25-10-2022 04:14 PM Nilah Bahana yg Hajah penunggang Minah rempit bawa.. mendtgkn fitnah kpd pemakai2 purdah yg btl2 B ...
ADVERTISEMENT