CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1726|Reply: 9

Sherry Ibrahim Tak Nak Orang Ramai Keliru, "Saya Tak Berniqab, Hanya Hari Itu Je"

[Copy link]
Post time 25-10-2022 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Susulan menerima komen positif peminat sehingga ada yang mendoakannya istiqamah berniqab, pelakon Sherry Ibrahim tampil menjelaskan kekeliruan ramai.


Jelas pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim, 39, itu, dia tidak berniqab seperti sangkaan sesetengah pihak tetapi hanya mengenakan imej tersebut ketika menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa baru-baru ini.


Malah pelakon drama Teduhan Kasih itu juga berkata, dia memilih hadir dengan imej sebegitu kerana pilihannya sendiri atas sebab tertentu.


Foto: IG




“Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat serta manis untuk saya. Saya tidak berniqab. Hanya berniqab pada majlis ilmu hari itu atas sebab tertentu dan pilihan saya sendiri.


“Apapun, terima kasih kerana menjadi positif tentangnya. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan sentiasa beristiqamah,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory.




  



  



Terdahulu pada minggu lalu, penampilan pelakon itu yang tampil mengenakan jubah bersama niqab sedondon berwarna putih menarik perhatian peminat.




  



Dia yang sempat bergambar bersama Neelofa dipuji sangat cantik seperti bidadari kerana menggayakan imej berniqab.


Malah ramai antara peminatnya mendoakan agar pelakon itu agar istiqamah dengan imej tersebut.




  



Selain Sherry, majlis tersebut turut dihadiri ramai lagi selebriti wanita popular lain antaranya Bella Astillah, Farah Nabilah, Wawa Zainal, Kaka Azraff, Mawar Rashid, Zulin Aziz dan Puteri Sarah Liyana. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 12:38 PM | Show all posts
watevalah seri berahim oi. ko tu dah tak relevan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
drama dia nak up….harus lah buat apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 25-10-2022 04:14 PM

Nilah Bahana yg Hajah penunggang Minah rempit bawa.. mendtgkn fitnah kpd pemakai2 purdah yg btl2 Berniat kerana Allah SWT..

Akhirnya JD fesyen/ikut-ikutan shj..KO berstatus sbg selebriti walau tahap kambing je pun..tp tetap Akan Ada yg sama level ngan KO ala kebangangan..Akan ikutla tindak tanduk KO..SBB BG diorg, mgkin idola Sewel die nmpk cantik pd pandangan menipu diorg..JD ikutla mengkhinzir buta..

Den mmg menyampah sungguh2 Sekarang dgn penunggang Minah rempit Tu..Rasa nak maki hamun je..tp buat rugi tenaga den jer nk menaip.. kehkehkeh.. stupido... harkkkktuihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok whatever. NEXT!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde siapa pun ingat dia dah berniqab, tapi budak2 reputs kelas belakang takde material tetiba buat artikel pasal tu hari tu???? So??  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la nak berniqab kalau takde niat nak pakai betul2. Dia ingat usrah tu fesyen show muslimah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang mengundang fitnah bila agama ditunggang demi kelansungan hidup mewah

Da jadi peel jah puak2 retis usrah nih create cheap kontroversi.............ader gak reporter interview iyerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 10:05 AM | Show all posts
Goodluckdontcry:    Edited by Goodluckdontcry at 25-10-2022 04:14 PM  Nilah Bahana yg Hajah penunggang Minah rempit bawa.. mendtgkn fitnah kpd pemakai2 purdah yg btl2 B ...



sape penunggang minah rempit?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 25-10-2022 12:38 PM
watevalah seri berahim oi. ko tu dah tak relevan

Dulukan masa dia pakai facemask..Ada org tersalah anggap ingat dia ni lofa..itu yg try nak berniqab Dan duduk.sebelah lofa...tapi tak nampak mcm lofa pun..hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062923 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list