Cuti hujung minggu yang panjang sempena perayaan Deepavali menyebabkan kesesakan trafik di seluruh negara termasuk antara Johor dan Singapura.
Di selatan tanah air, difahamkan kesesakan berlaku di arah Singapura dan Johor menerusi Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua). Tular mengenai seorang wanita berkongsi pengalaman 'terperangkap' dalam kesesakan dekat pusat pemeriksaan di Tuas untuk masuk ke Malaysia. Dek kerana menunggu terlalu lama, dia berdepan situasi 'kecemasan' iaitu mahu membuang air kecil.
Namun gara-gara keinginannya untuk masuk ke Malaysia, wanita berkenaan sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) untuk kencing. "Berjalan kaki dari Tuas menghubungkan Malaysia yang sesak kira-kira 2km sebab saya nak buang air kecil," tulisnya menerusi satu video TikTok yang tular. Menerusi video berdurasi 9 saat itu, menunjukkan dia berjalan di tepi laluan yang menyaksikan kesesakan kenderaan yang begitu panjang. Dalam keterangan video, dia turut mendakwa terpaksa berjalan jauh untuk membuang air kecil kerana tidak dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tandas. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara jelas di mana dia berhenti untuk membuang air kecil, termasuk lokasi kemudahan tandas yang dinyatakan. Dakwanya lagi, terdapat beberapa pengguna jalan raya lain turut mahu membuang air kecil. "Ada orang yang bertindak agresif pecahkan pintu tandas dan semua orang mula nak buang air kecil. Kami 'terkandas' dalam traffic jammed selama lima jam," katanya lagi. Perkongsian tersebut yang meraih 106,000 tontonan di TikTok menimbulkan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen. Rata-rata mereka memberikan cadangan yang melucukan untuk menghadapi situasi tersebut. "Bawalah beg plastik lain kali. Pasang langsir dalam kereta. "Lain kali letak baldi dalam kereta anda. "Gunalah kawasan semak. Sila guna lampin dewasa. "Saya fikir boleh jual beg 'air kencing', pasti boleh buat duit," demikian antara komen netizen. Dalam pada itu, seorang netizen mempersoalkan mengapa wanita itu masih mahu ke Malaysia meskipun berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk. Bagaimanapun berdasarkan jawapan balas di ruangan komen, wanita itu menyifatkan ia satu perjalanan yang berbaloi. "(Yes, worth the jam but a day to remember). Benar, berbaloi (menempuh) traffic jam, tetapi ia adalah hari yang tidak dapat dilupakan," kata wanita itu secara ringkas. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|