Imej penuntut memakai 'topi antipenipuan' ketika peperiksaan kolej menjadi tular di media sosial di Filipina, dan mencetuskan pelbagai perdebatan.
BBC melaporkan, penuntut di sebuah kolej di Bandar Legazpi diminta memakai penutup kepala yang menghalang mereka daripada mengintip kertas jawapan orang lain. Ramai yang bertindak balas dengan mencipta alat buatan sendiri daripada kadbod, kotak telur dan bahan kitar semula yang lain. Tutor mereka memberitahu BBC, dia mencari "cara yang menyeronokkan" untuk memastikan 'integriti dan kejujuran' dalam kelasnya.
Mary Joy Mandane-Ortiz, seorang profesor kejuruteraan mekanikal di Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol berkata, idea itu sangat berkesan. Ia dilaksanakan untuk peperiksaan pertengahan penggal, baru-baru ini, yang diduduki oleh ratusan penuntut kolej itu pada minggu ketiga Oktober. Prof Mandane-Ortiz berkata, permintaan awalnya ialah supaya semua penuntut membuat 'reka bentuk mudah' daripada kertas. Beliau mendapat ilham penggunaan teknik itu yang dilaporkan digunakan di Thailand beberapa tahun sebelum ini. Pada 2013, satu imej menjadi tular menunjukkan penuntut universiti di Bangkok mengambil kertas ujian sambil memakai helaian kertas yang dilekatkan pada kedua-dua belah kepala mereka. Ada antara penuntut memakai topi, topi keledar atau topeng Halloween untuk memenuhi hasrat itu. Hantaran Facebook profesor itu yang menunjukkan anak-anak muda memakai ciptaan mereka yang rumit menarik liputan media Filipina. Ia dilaporkan memberi inspirasi kepada sekolah dan universiti lain untuk menggalakkan pelajar untuk menggunakan kaedah sama bagi mengelak amalan meniru. Prof Mandane-Ortiz berkata, penuntut menunjukkan prestasi yang lebih baik tahun ini kerana didorong oleh syarat peperiksaan yang ketat untuk belajar lebih gigih. Ramai daripada mereka menamatkan ujian lebih awal dan tiada siapa yang ditangkap menipu tahun ini. Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 24-10-2022 10:39 PM
Ko tengok la poromer ni.
Benda for fun gini pun korang nak kutuk2 tak puas hati like bradaaaah sist ...
pooh~key replied at 24-10-2022 02:47 PM
Itulah sister. Torkojut akak dah kenapa semua komen macam dunia dah nak kiamat lagi 3 jam kekdahny ...
ADVERTISEMENT