CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayar RM270,066, Boleh Rasa Pengalaman Ditanam Hidup-Hidup Dalam Kubur

23-10-2022 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1227| Komen: 14

MOSCOW – Sebuah syarikat di Russia menawarkan khidmat kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam acara ‘pengebumian’ mereka sendiri dan merasai pengalaman dikebumikan hidup-hidup dengan bayaran AS$57,000 (RM270,066), lapor akhbar New York Post.


Pengasas syarikat tersebut, Yakaterina Preobrazhenskaya mengumumkan tawaran itu awal minggu ini untuk membantu para pelanggannya menzahirkan ‘kebolehan psikik’ bagi menangani ‘ketakutan dan kebimbangan’ selepas pengebumian.


Foto: Getty Images

Ketika berkongsi mengenai tawaran itu dalam satu hantaran di Instagram, Preobrazhenskaya menyifatkan ia sebagai satu ‘simbol sebenar dengan berjuang untuk diri sendiri dan masa depan yang bahagia’.


Dua pakej telah ditawarkan kepada pelanggan termasuk ‘pengebumian online’ yang berharga AS$15,000 (RM71,070) sebagai ‘terapi tekanan untuk ketakutan dan kebimbangan’, dan ‘pengebumian penuh’ dengan menguburkan pelanggan sehingga satu jam.

Bagi pelanggan yang membiayai pakej ‘pengebumian penuh’, mereka turut disertakan dengan upacara keagamaan menyeluruh dan ‘kebangkitan semula’ yang sepatutnya memperbaharui ‘keinginan mereka untuk hidup’. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 23-10-2022 06:12 PM
arab jahiliah zaman dulu pun xsebodoh ni. zionis jual harga yahudi pun xsekejam ni.
Quote dua_chzy 23-10-2022 06:18 PM
Scary wei.
Quote edayildiz 23-10-2022 06:42 PM
mahalnyaaa
yg kaya jer la join..motip nk merasai alam pengebumian..psiko
Quote ctaz 23-10-2022 07:30 PM
hahahahaahaha....
bodo
Quote tenggilingpink 23-10-2022 07:58 PM
ape ni hahaha
membazir gini
Quote green~tea 23-10-2022 11:55 PM
Actual pengebumian takde pun kos sampai camni...

Kena scam ke dekkkk
Quote Lagubestbest 24-10-2022 12:01 AM
target kat putin, oligarch dan pegawai khas kerajaan kut.. haha
Quote sharlenetexas 24-10-2022 12:10 AM
Yahudi tel aviv nya harga.

Quote NBM 24-10-2022 12:19 AM
pengalaman dgn munkar nankir pun termasuk dlm package ke bodoh?
Quote JohnZimmerm 24-10-2022 01:34 AM
Edited by JohnZimmerm at 28-10-2022 03:32 PM

Thank you so much for the testing
Quote shernazz 24-10-2022 10:33 AM
Nanti2 masuk jugak
Tak.yah la wei nak fefeling
Quote plywood 24-10-2022 10:39 AM
bagus jugak sebenarnya. Dia marketing sebagai satu bentuk terapi. tapi apa ker mahal sangat.. kalau ada syarikat laing tawar harga satu perlima dari harga mahal tu tentu kalah
Quote plywood 24-10-2022 10:54 AM
di negara sebelah pun ada acara dikubur hidup-hidup dan terus bagi ceramah dari alam kubur dengan menggunakan mikrofon yang bersambung ke alam manusia..

GUS IDRIS DI KUBUR HIDUP HIDUP & DAKWAH DARI ALAM KUBUR[youtube]Ne5TlCVP5-k[/youtube]

https://www.youtube.com/watch?v=Ne5TlCVP5-k


semoga insaf semuanya..







Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.031165 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top