Oleh Adib Za
Bagi anda yang sering 'melayan' video tutorial solekan daripada si cilik ini, pasti mengagumi kepetahannya. Puteri Nur Azzahra, atau dikenali dengan nama Puteri Araa Aziz yang berusia 4 tahun ini merupakan anak kepada pengarah filem terkenal, Aziz M Osman. Meskipun baru berusia 4 tahun, namun telatahnya sangat menghiburkan menerusi video tutorial solekan di Instagram dan juga Youtube miliknya.
"Pada awal dahulu dia berasa pelik apabila sering menjadi perhatian orang ramai malah ada yang mahu mengambil gambar bersamanya. "Namun kini dia semakin faham dia sudah popular kerana video tutorial solekan yang dimuat naik ke Instagram," ujar Aziz M Osman, menerusi Mstar Online. Tak menyangka dirinya semakin dikenali melalui video-video tutorial, kerana ia merupakan hobi suka-suka sahaja. "Pada saya apa yang dilakukan oleh Araa itu perkara biasa kerana kanak-kanak pada usianya memang gemar mencuba sesuatu yang baru tambahan pula ada gajet seperti iPhone dan iPad. "Tetapi tidak sangka pula selepas memuat naik video berkenaan dia mula menjadi perhatian dan ramai suka dengannya," ujar Aziz lagi menerusi portal tersebut. - CARI Infonet |
asampodeh replied at 27-8-2015 09:25 PM
bdk ni ke yg dlm iklan maggie tu..?? cute sgt.. cerdik plak tu
Madel replied at 27-8-2015 10:39 PM
Ooo budak Ara ni anak Aziz
Aku adalah tertenguk kat fb aritu...dia kasi tutorial pakai makeup..
Da ...
antiQue replied at 27-8-2015 09:34 PM
Bukan... budak yg dalam iklan maggie tu lain... yg tu dah besar...
kimsa-ra replied at 28-8-2015 01:43 AM
dh mcm cucu
comel anak dia.. ni ank gn bini skrg eh
ADVERTISEMENT