Peningkatan berat badan pelakon Puteri Sarah mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada mengatakan dirinya sedang hamil anak ketiga.
Menyangkal dakwaan berkenaan, Sarah, 37, berkata, dia selesa dengan bentuk tubuhnya yang sedikit berisi kerana merasakan sebelum ini dirinya terlalu kurus. Meskipun menjadi duta produk pelangsingan badan namun ibu kepada dua cahaya mata ini gembira apabila mencapai berat ideal dan yakin tentangnya. "Dua hari kebelakangan ini ramai prang komen mengenai badan saya yang berisi memandangkan saya duta produk menguruskan badan.
"Saya pernah berada dalam fasa kurung kering tapi ketika itu saya tidak gembira. Tinggi saya 165cm jadi berat ideal saya 58 kilogram. "Kenapa perlu macam papan? Lihat Jennifer Lopez dan Beyonce, mereka tak terlalu kurus, mereka ada aset. Tembam manja-manja is awesome. Nak jadi cantik kena jadi diri sendiri," katanya.
|
Diamje replied at 25-10-2022 12:40 AM
Btul..aku skrg jadi diri sndri.. sibuk nk kurus kering sbb stress dgn kawan². Aku fikir mcm ni je.. ...
Diamje replied at 25-10-2022 08:40 AM
Btul..aku skrg jadi diri sndri.. sibuk nk kurus kering sbb stress dgn kawan². Aku fikir mcm ni je.. ...
achinto replied at 25-10-2022 11:06 AM
I setuju dengan you sis. Kalau makan itu membahagiakan, makan je. kalau org tanya kenapa badan ber ...
ADVERTISEMENT