CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1718|Reply: 13

Tembam Manja-Manja Is Awesome, Kurus Tak Buat Puteri Sarah Gembira

[Copy link]
Post time 23-10-2022 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Peningkatan berat badan pelakon Puteri Sarah mencetuskan pelbagai spekulasi sehingga ada mengatakan dirinya sedang hamil anak ketiga.


Menyangkal dakwaan berkenaan, Sarah, 37, berkata, dia selesa dengan bentuk tubuhnya yang sedikit berisi kerana merasakan sebelum ini dirinya terlalu kurus.


Meskipun menjadi duta produk pelangsingan badan namun ibu kepada dua cahaya mata ini gembira apabila mencapai berat ideal dan yakin tentangnya.


Foto: IG




"Dua hari kebelakangan ini ramai prang komen mengenai badan saya yang berisi memandangkan saya duta produk menguruskan badan.


"Saya pernah berada dalam fasa kurung kering tapi ketika itu saya tidak gembira. Tinggi saya 165cm jadi berat ideal saya 58 kilogram.


"Kenapa perlu macam papan? Lihat Jennifer Lopez dan Beyonce, mereka tak terlalu kurus, mereka ada aset. Tembam manja-manja is awesome. Nak jadi cantik kena jadi diri sendiri," katanya.




  



Sarah menjelaskan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya.


Dalam pada itu, Sarah berpendapat berat badan tidak seimbang boleh membuatkan seseorang berasa tidak bertenaga malah dia sendiri pernah berada dalam keadaan itu ketika berasa patah hati suatu ketika dahulu.


Perasaan tidak gembira membuatkan berat badannya turun dengan mendadak.


"Masa saya tengah sedih dan patah hati, saya kurus dengan cepat. Masa itu saya ingat kurus itu cantik tetapi tidak.


"Mana larat nak buat kerja dan jaga dua orang anak yang sangat aktif... jadi saya ambil keputusan untuk menambah berat badan tapi 'terlebih' pula sebab saya makan pada waktu malam," katanya.




  



Menjelaskan mengenai pengambilan produk kurus, Sarah berkata, dia mengambil bahan itu kerana ingin mengekalkan berat badan ideal dan bukannya obses untuk langsing.


Sarah berkata, dia juga ingin mendidik masyarakat bahawa terlalu kurus itu bukan bererti cantik tapi paling penting mempunyai berat badan ideal dan sihat.




  



Sebelum ini, perkongsian foto Sarah menjadi perbualan hangat netizen apabila didakwa sedang hamil anak ketiga.


Menerusi perkongsian tersebut, Sarah terlihat berisi malah bahagian perutnya juga seakan-akan ada bentukkan baby bump sehingga menjadi perhatian ramai. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh dia ni main tembam2 pulak dah sister. Kau ni lucah la anjing sis!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena belajar dari MIL elisya la.. ada 3 perkara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 04:42 AM | Show all posts
Asal ko bahagia la Sarah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Btul..aku skrg jadi diri sndri.. sibuk nk kurus kering sbb stress dgn kawan². Aku fikir mcm ni je..kalau aku enjoy makan dan badan aku naik, maknanya aku normal.. tapi kalau aku makan, tpi kurus mendadak dan lemah tu x normal.. enjoy makan tp kawal la jgn smpai obese. Rasa badan naik, buat la IF. Badan tembam manja ni suami suka nokss..

Kawan aku dok nganjing aku gemok² pon laki die kawen no 2..madu die pon chubby..die je kurus dan makin kering sbb makan hati.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 08:44 AM | Show all posts
apa aje selendang dengan topi tu.. buruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 09:11 AM | Show all posts
dik sarah .. buruk tau pesen tuck in baju bila pakai skirt stretchable tu. org tak pakai tudung pun nampak buruk apa lagi org yang bertudung berpesen macam tu. tapi apa2 pun sis suka rantai tangan dia yang ada charm heart shape tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tdg labuh dh ttp dada..skali skirt tucked in cmtu punggung terdedah jadinya..dahla ketat cm x sesuai plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 09:36 AM | Show all posts
tudung syria dia brand apa tu weh...cantik la pulak....nak beliii.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:36 AM | Show all posts
janji hang bahagia sdh laa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:09 AM | Show all posts
Diamje replied at 25-10-2022 12:40 AM
Btul..aku skrg jadi diri sndri.. sibuk nk kurus kering sbb stress dgn kawan². Aku fikir mcm ni je.. ...

Kawan kau dia x happy dengan life dia, nak cari orang lain untuk dia lepaskan masalah & insecurity dia tu, utk buat dia rasa diri dia perfect..toxic tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:06 AM | Show all posts
Diamje replied at 25-10-2022 08:40 AM
Btul..aku skrg jadi diri sndri.. sibuk nk kurus kering sbb stress dgn kawan². Aku fikir mcm ni je.. ...

I setuju dengan you sis. Kalau makan itu membahagiakan, makan je. kalau org tanya kenapa badan berisi, cakap je la maknanya hati tengah senang, badan sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 07:00 PM | Show all posts
achinto replied at 25-10-2022 11:06 AM
I setuju dengan you sis. Kalau makan itu membahagiakan, makan je. kalau org tanya kenapa badan ber ...

Aiol prnh ada mkcik tgur cmni, "Ko ni bdan kecik tpi mkn smpai 2 kotak" & I was like "Mnyibuk je, sukati aku lh nk mkn brapa kotak pun".
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya ramai lelaki suka perempuan tembam , tapi bukan gemuk. Sedap utk dipeluk . Cantik je body PS.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.399987 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list