Masalah buli di sekolah bagaikan tiada penghujungnya. Malah dalam sesetengah kes, ia boleh menjejaskan masa depan mangsa kerana trauma untuk ke sekolah.
Begitulah yang terjadi kepada kanak-kanak bernama Ayra yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Seri Kembangan, Selangor. Dakwaan itu dibuat ibunya, Intan menerusi satu perkongsian di Instagram. “Anak perempuan saya, Ayra menghadiri sebuah tadika berteraskan Islamik sejak pertengahan tahun.
“Sejak menyertai sekolah tu, Ayra menjadi mangsa buli. Setiap hari dia menangis dan enggan pergi ke sekolah kerana takut. “Sudah beberapa kali Ayra memberitahu dia ditendang di perut, dan seluarnya ditarik ke bawah hingga mendedahkan bahagian belakangnya untuk tatapan seluruh kelas,” tulisnya dalam hantaran tersebut. Menurut Intan lagi, dia pernah membuat aduan kepada guru kelas anaknya selain bercakap sendiri dengan penjaga kanak-kanak yang membuli namun tiada sebarang tindakan diambil. Malah permintaannya untuk bersemuka dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak dilayan. “Alasan terbaik yang mereka boleh berikan kepada saya ialah perkara itu sudah dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit serta melaporkan perkara itu kepada ibu pejabat. "Secara jujurnya tidak ada gunanya kerana anak saya terus menjadi mangsa," katanya. Namun ujar Intan kesabarannya sudah sampai kemuncak apabila mendapati kesan lebam pada wajah anaknya selepas dia pulang dari sekolah. “Hari ini adalah yang terakhir. Ayra pulang dengan kesan lebam berwarna ungu di muka. Sebelum itu gurunya menghantar mesej kepada saya mengatakan dia ditolak oleh pembuli sama dan jatuh ketika bermain bersama. “Katanya dia telah meletakkan ais (pada bahagian lebam) dan dalam mesejnya dia seumpama mengambil ringan mengenai kecederaan itu,” ujarnya lagi. Susulan itu si ibu menyatakan dia akan membuat laporan polis mengenai kes buli berkenaan. “Saya akan membuat laporan polis mengenai perkara ini dan saya menggesa anda untuk berkongsi perkara ini supaya kita sebagai ibu bapa menyedari apa yang anak-anak kita lakukan atau hadapi di sekolah. “Ayra baru enam tahun, begitu juga dengan kanak-kanak yang melakukan buki ini kepadanya. Apakah jenis masyarakat yang kita nak didik jika kanak-kanak berumur enam tahun bertindak ganas terhadap rakan sekelas mereka sehingga trauma. “Saya menggesa anda untuk membantu berkongsi perkara ini dan mungkin pihak sekolah akan mengambil tindakan positif terhadap kes buli,” ujar si ibu lagi. Hantaran tersebut menjadi tular di media sosial apabila dikongsikan oleh Intan sehingga meraih lebih 13,000 tanda suka dan dipenuhi hampir 400 komen. Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan tindakan Intan untuk meneruskan dengan laporan polis demi membela nasib anaknya. “Kasihan saya mendengarnya. Sila teruskan dengan laporan polis supaya sekolah sekurang-kurangnya memberi perhatian yang lebih kepada isu pembuli. “Geram sungguh dengan parents kepada pembuli ni. Buli bermula dari rumah. Kasihan betul apabila anak-anak membesar jadi pembuli ni. “Dedahkan nama sekolah tu dan buat laporan polis,” komen beberapa netizen mengenai hantaran berkenaan. -CARI Sumber: mStar Online
|
noor2 replied at 23-10-2022 03:19 PM
Panasnya hati baca...dah la tadika islam...cikgu buat apa agaknya
pooh~key replied at 23-10-2022 03:49 PM
Akak tak terkejut jadi kat tadika islam sis. Maaf akak jujur jah sis.
nikola.tesla replied at 23-10-2022 06:48 PM
memang pantas la liberalis mengutuk tengok nama tadika islamic.ni masalah pembuli bukan masalah cikg ...
anakmak replied at 23-10-2022 09:09 PM
Drpd awal tahun
Lamanya dibiarkan anak kena buli
Black n white takdak ka?
Fly_over replied at 23-10-2022 09:05 PM
yup, mana2 sekolah pn ada pbuli. g pindahkan pun x menjamin keamanan. kang kt sek baru ada pbuli j ...
ADVERTISEMENT