Usahawan terkenal Syukor Majid ‘sentap’ apabila ada pengguna di TikTok mendakwa nama jenama Syukor Burger tidak komersial dan perlu ditukarkan.
Untuk rekod, jenama Syukor Burger itu pernah mencipta fenomena dengan catatan cemerlang jualan burger sebanyak sejuta biji pada Ogos tahun lalu. Tidak melenting dengan komen pedas tersebut, Syukor yang terkenal dengan komen-komen berbaur jenaka itu dilihat tidak mengambil hati malah sempat berkongsi tangkap layar komen itu di Facebook dan bertanya kembali apakah nama Syukor Burger itu terlalu kolot. “Abang belum ‘move on’ lagi dengan budak sekolah semalam ni sorang lagi kat Tiktok dia suruh bagi nama yang lebih komersial pulak.
Ape kampung hulu sangat ke nama Syukor ni. Kang abang letak nama Dwayne The Rock Johnson Burger baru depa tau,” selorohnya. Sebelum itu difahamkan, Syukor tutut menerima reaksi sama daripada pelajar sekolah yang ditemui ketika mengadakan lawatan tapak di kafe miliknya yang bakal beroperasi tidak lama lagi. Pelajar itu bertanya, adakah restoran Syukor Burger yang terletak di sebelah kafe itu juga miliknya lalu dia mengiyakan namun respon yang diterima kembali agak melucukan. “Petang tadi ada budak-budak sekolah singgah sini tanya bila nak bukak. Dia orang ingat abang kontraktor agaknya. Abang cakap sebulan dua siaplah. “Dia orang tanya kenapa letak nama Syukor Coffee. Abang cakap sebab owner dia nama Syukor. “Tau sorang budak tu cakap apa? ‘Apalah beriya sangat letak nama sendiri. Macam tak ada nama lain nak letak’. Abang dah aim muka budak tu, kau tunggu dik. Perkongsian Syukor itu dilihat berjaya mengubah komen menjengkelkan bertukar menjadi aura positif sekaligus menghiburkan netizen yang teruja berkongsi pendapat masing-masing. “Sebenarnya saya pun dah lama nak tanya soalan tu bang. Kenapa beria sangat,” usik Saifuddin Ilyas. “Saya cadangkan masa acara potong reben kedai baru nanti abang jemput dia sekali. Minta dia tolong pegang dulang dengan gunting nak potong reben,” komen Nurul Ain. “Kalau budak tu baca status Abang Uko ni tak tido malam kau dik. Siap la kau,” ujar Mohamad Helmi pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
ultra78 replied at 23-10-2022 01:45 PM
Tahap kampung bukan pada nama,tapi pada berapa byk sos yang dituang.
ultra78 replied at 23-10-2022 01:45 PM
Tahap kampung bukan pada nama,tapi pada berapa byk sos yang dituang.
ultra78 replied at 23-10-2022 01:45 PM
Tahap kampung bukan pada nama,tapi pada berapa byk sos yang dituang.
Parit.Hilton replied at 23-10-2022 02:05 PM
iya setujukkkkk
sebab tu iols suka mkn burger mcd, kfc sebab takdak sos dalam tu
noor2 replied at 23-10-2022 01:33 PM
Ko gaduh dgn budak tiktok darjah 4 ke apa atau budak umur 14 tahun ....
Dgn budak pun ko nk sentap ...
Parit.Hilton replied at 23-10-2022 02:05 PM
iya setujukkkkk
sebab tu iols suka mkn burger mcd, kfc sebab takdak sos dalam tu
imransulaiman replied at 23-10-2022 02:52 PM
Letak nama Syuk Burger lah
Tadi pagi ada nampak tiktok dia bagi kereta sport warna hijau kat pek ...
krustykrab replied at 23-10-2022 03:12 PM
Tah betui ke idok tu...kdg saja nk buat content bodo kat tiktok bagi org selalu nmpk n ingat kat d ...
ADVERTISEMENT