CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Maruah Dan Kehormatan, Zahid Tak Boleh Dianggap Sebagai Wakil Orang Melayu?

23-10-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2830| Komen: 22

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dianggap sebagai wakil orang Melayu.

Tawfik Ismail dari Gerak Independent yang berhasrat menentang Ahmad Zahid di Bagan Datuk atau ‘di mana-mana’ sahaja berkata, pertarungan di kerusi itu adalah untuk memujuk pengundi mengenai keperluan menghentikan rasuah.


“Penyandang kerusi itu bukan sekadar mewakili mereka di Parlimen, beliau juga adalah pemimpin parti Melayu terbesar di negara ini dan mungkin mewakili suara orang Melayu di peringkat dunia.


Tawfik Ismail - Foto Getaran

“Demi maruah dan kehormatan orang Melayu, selain beliau sendiri berdepan pertuduhan undang-undang, beliau tidak boleh dibenarkan memegang peranan itu,” katanya kepada The Vibes.


Tawfik turut mencabar BN supaya menggugurkan Ahmad Zahid atau terus dilihat sebagai parti korup.

“Saya mahu melihat sama ada BN akan menggugurkan Ahmad Zahid demi kelangsungan parti mereka sendiri kerana jika tidak, mereka merelakan rasuah dan penipuan!,” katanya.

Tawfik kini berada di Bagan Datuk dan bersiap sedia untuk merebut kerusi Parlimen itu yang disandang Ahmad Zahid sejak tahun 1995.

Beliau kemungkinan berdepan laluan mencabar apabila pemimpin PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menawarkan diri bertanding di kerusi itu dan sedia melepaskan kawasan selamatnya di Parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka.

Menjawab kenyataan Shamsul Iskandar yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi itu, Tawfik berkata:

“Saya mengalu-alukan semua pencabar supaya pengundi Bagan Datuk akan mempunyai lebih banyak pilihan,” katanya.

Biarpun melahirkan rasa hormat kepada Tawfik sebagai anak kepada pengasas bersama UMNO, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Shamsul Iskandar berpendapat untuk menewaskan ‘gergasi’ seperti Ahmad Zahid, seseorang itu perlu mempunyai jentera.


FB Zahid

Bagaimanapun, Tawfik berkata:

“Jentera saya kecil, berbanding PKR dan BN, tetapi mampukah mereka menyampaikan mesej yang saya bawa?

“PH yang menjadi rakan kongsi utama PKR perlu menghantar ketuanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menentang Presiden UMNO, jika agendanya sama dengan saya,” katanya.

Anwar baru-baru ini mengesahkan akan menentang Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Tambun bagi memenuhi ikrar bahawa beliau akan bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’, membabitkan puluhan Ahli Parlimen yang menarik sokongan daripada PH menerusi Langkah Sheraton, sehingga menumbangkan kerajaan PH yang berusia 22 bulan.

Mengulas lanjut, Tawfik berkata, jenteranya lebih berfokus dan mempunyai sasaran jelas.

“Parti besar dengan jentera mereka yang ramai mempunyai pelbagai sasaran dan akibatnya mereka tidak fokus,” katanya.

Tawfik menambah, perjuangan untuk menggulingkan rasuah bukan hanya di Bagan Datuk, tetapi di seluruh negara.

“Hapuskan kleptokrasi dengan tidak mengundi BN. Jadi secara mudahnya, rakyat adalah jentera saya,” 


Sumber: Getaran/The Vibes

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-10-2022 10:33 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 24-10-2022 10:34 PM

Kabare wak Pornorogol

dnPLjIE_d.jpg

Quote kakikuDibibirmu 24-10-2022 10:35 PM
zahid hamidi  manusia kaum pendatang jawa pelahap tempe  caprut  tersebut yang perlu bungkus kain baju berambus pulang ke tanah jawa darul tempe naik tongkang seperti leluhur mereka membuka penempatan di tanah mulayu 1860 - 1920 (juga dikunali subagai urang hanyut)
Quote tripleid 24-10-2022 10:36 PM
Edited by tripleid at 24-10-2022 10:47 PM

anak Tun Dr Ismail pengasas umno pun benci umno yg sekarang..
Quote liton 24-10-2022 10:38 PM



[youtube]YLWfkizK2MY[/youtube]
Quote Acikgomen 24-10-2022 10:49 PM
tripleid replied at 24-10-2022 10:36 PM
anak Tun Dr Ismail pengasas umno pun benci umno yg sekarang..

Sebagai bekas penduduk tmn tun, acik rasa mcm nak sponsor heshe buat facial sebelum penamaan calon
Quote tripleid 24-10-2022 11:03 PM
Edited by tripleid at 24-10-2022 11:04 PM
Acikgomen replied at 24-10-2022 10:49 PM
Sebagai bekas penduduk tmn tun, acik rasa mcm nak sponsor heshe buat facial sebelum penamaan calon ...

haha kan..nak turun berkempen atleast kena sedap mata memandang,baru org bagan datok undi
Quote Simunggu 25-10-2022 08:20 AM
org org PH ni menang fitnah memanjang...siaplah kau dlm neraka...
Quote ifanonline 25-10-2022 08:47 AM
zahid ni memang org indon...knp melayu nak angkat org indon jadi ketua mereka?

nanti bangla, nepal, rohingya, etc semuanya nak jadi PM malaysia...melayu ni bodoh betul...
Quote rashiman 25-10-2022 08:57 AM


Tawfik turut mencabar BN supaya menggugurkan Ahmad Zahid atau terus dilihat sebagai parti korup.



Sebelum kau suruh BN menggugurkan zahid dan menentang zahid, lebih baik kau suruh PH pakatan yg kau hendaki wakili supaya menggugurkan pemimpinnya , LGE yg sedang menghadapi tuduhan rasuah terowong dasar laut. baru boleh nampak pejuangan sebenar yg suci murni dari hati kau utk menentang rasuah...
Quote zulfahmimaidin 25-10-2022 09:01 AM
rashiman replied at 25-10-2022 08:57 AM
Sebelum kau suruh BN menggugurkan zahid dan menentang zahid, lebih baik kau suruh PH pakatan yg ...

koyak betul...org melayu lain x bising pun
Quote JohnDeSouza 25-10-2022 07:10 PM
zahid indon ada 87 tuduhan.mahkamah
Quote nusaraya 25-10-2022 08:06 PM
Samgat menarik... Perseturuan sesama maling rupanya ...juga sesama melayu...
Quote Minami2013 27-10-2022 08:27 AM
Zahid indon... tak paham kenapa org masih sokong dia ni dgn isu rasuah lagi.. kewujudan dia dlm politik malaysia ni dikenali dgn kaki kipas dan pak turut je. Contribution kpd negara? KOSONG. Walau pernah jadi tpm.

Anyway, makin ramai calon melayu, makin pecah undian org melayu. At last, indon ni yg menang.
Quote Nurdianah 28-10-2022 10:43 PM

Quote insulin 28-10-2022 10:45 PM
Buruk nama MY di mata dunia kalau pilih orang yang ada masalah tuduhan rasuah ni.
Quote PEPPERMAN 28-10-2022 10:50 PM
dalam UMNO tu ada ramai orang lain yang boleh diketengahkan.
tapi kenapa malu sangat nak tolak zahid?
Quote sharlenetexas 28-10-2022 10:53 PM
nusaraya replied at 25-10-2022 08:06 PM
Samgat menarik... Perseturuan sesama maling rupanya ...juga sesama melayu...

Busy body
Quote sharlenetexas 28-10-2022 10:54 PM
Nurdianah replied at 28-10-2022 10:43 PM

Kaklong gigi mengaku jawa tak?


Quote juboqhang 28-10-2022 11:17 PM
Kalahhhhh!!!

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.129583 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top