CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Lalu Lintas Sesak, Bilalah Kereta Terbang Alef Nak Masuk Malaysia?

22-10-2022 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1260| Komen: 14

Sebuah syarikat pengangkutan elektrik berpangkalan di California memperkenalkan model ‘kereta terbang sebenar pertama di dunia’ berharga sekitar AS$305,221 (RM1.45 juta) yang sedia digunakan tidak lama lagi, lapor akhbar Daily Star semalam.


Alef Aeronautics memperkenalkan kereta terbang Model A yang bukan sahaja boleh dipandu di jalan raya, tetapi berlepas dan terbang di udara untuk mengelak kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.


Reuters

Syarikat itu berkata, Model AS adalah satu-satunya kereta terbang yang boleh melakukan kedua-dua fungsi itu. 

Model A menggunakan infrastruktur bandar sedia ada bagi mengawal pemanduan dan mencari tempat letak kereta tetapi Alef Aeronautics berharap, ia mampu dipandu di lebuh raya langit pada masa hadapan.

Mereka merancang untuk membuat penghantaran pertama Model A pada tahun 2025 setelah membuka tempahan Rabu lalu. 

Disifatkan sebagai penyelesaian kepada isu kesesakan lalu lintas zaman moden, Model A mempunyai jarak pemanduan 321.9 kilometer (km) di daratan dan 177 km di udara.

“Kereta terbang Alef merupakan penyelesaian moden untuk keperluan pengangkutan bandar dan luar bandar pada abad ke-21 kerana ia pengangkutan terpantas dan paling mudah pernah dicipta untuk bergerak dari tempat berlepas ke destinasi akhir.


alef.aero

“Dengan membolehkan pengguna memilih mod memandu atau terbang, kereta terbang Alef berfungsi memberi laluan optimum bergantung kepada keadaan jalan, cuaca dan infrastruktur,” kata Pegawai Eksekutif Alef, Jim Dukhovny.

Syarikat itu telah menjalankan ujian penerbangan prototaip bersaiz penuh Model A sejak 2019 selain mengusahakan kereta terbang sejak 2015 dan disokong oleh sebilangan pelabur berprofil tinggi. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 23-10-2022 03:36 AM
pasni makin banyak eksiden kat langit pulak…
Quote ninja boy 23-10-2022 06:48 AM
Kereta terbang berumah di planet petanda mau kiamat hampiri  
Quote ultra78 23-10-2022 07:02 AM
Kalau terbang mcm mana nak kutip tol?

Quote makneng 23-10-2022 08:21 AM
In your dream bebeh! In your dream!
Quote Samerosie 23-10-2022 08:26 AM
Nanti sesak kat atas pulak lepas tu accident jatuh ke bawah kena org awam hehe
Quote bulanbulat 23-10-2022 08:59 AM
eyansss: pasni makin banyak eksiden kat ...


Bayang driver myvi dapat ni.
Quote jiwasemangat 23-10-2022 09:50 AM
To those tak suka bayar tol: nanti bila sampai tol, boleh lompat terbang masuk highway
Quote Skuau 23-10-2022 08:22 PM
eyansss replied at 23-10-2022 03:36 AM
pasni makin banyak eksiden kat langit pulak…

lagi bahaya..udah la berlanggar..silap2 orng bawah kena timpa keta jatuh la plak...
Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:56 PM
beribu tahun lagi baru boleh nk dpt kereta terbang gini.
Quote eyansss 23-10-2022 11:35 PM
Skuau replied at 23-10-2022 08:22 PM
lagi bahaya..udah la berlanggar..silap2 orng bawah kena timpa keta jatuh la plak...

kannn...  kereta, bangunan, manusia, haiwan kat bawah tu...
Quote Lagubestbest 24-10-2022 12:18 AM
bising giler ni wooounggggg wooounggggg..
Quote edayildiz 24-10-2022 12:32 AM
menarik  biar jem kt ats pulak
tp kdg i mmg fedap nk g krrja sbb jem..kdgg tu dh siap2 pakai baju semua.pastu intai kt balkoni keta bersusun i smbg tdo.
Quote Ucop-Cunningham 24-10-2022 12:43 AM
Kalau google kampeni ni, kereta terbang VTOL style, tapi cara terbang lain macam.
Bayangkan Boba Fett Starship.... masa naik lain bila terbang lain.
Quote Dwdrum 24-10-2022 08:53 AM
Seperti lambat saja lah... Alef ini computer scientist mahu buat kereta terbang bukan his expertise dan his team... But elon musk sudah mula invest kepada his project...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.109781 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top