View: 930|Reply: 14
|
Tak Tahan Lalu Lintas Sesak, Bilalah Kereta Terbang Alef Nak Masuk Malaysia?
[Copy link]
|
|
Sebuah syarikat pengangkutan elektrik berpangkalan di California memperkenalkan model ‘kereta terbang sebenar pertama di dunia’ berharga sekitar AS$305,221 (RM1.45 juta) yang sedia digunakan tidak lama lagi, lapor akhbar Daily Star semalam.
Alef Aeronautics memperkenalkan kereta terbang Model A yang bukan sahaja boleh dipandu di jalan raya, tetapi berlepas dan terbang di udara untuk mengelak kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
 Reuters
Syarikat itu berkata, Model AS adalah satu-satunya kereta terbang yang boleh melakukan kedua-dua fungsi itu.
Model A menggunakan infrastruktur bandar sedia ada bagi mengawal pemanduan dan mencari tempat letak kereta tetapi Alef Aeronautics berharap, ia mampu dipandu di lebuh raya langit pada masa hadapan.
Mereka merancang untuk membuat penghantaran pertama Model A pada tahun 2025 setelah membuka tempahan Rabu lalu.
Disifatkan sebagai penyelesaian kepada isu kesesakan lalu lintas zaman moden, Model A mempunyai jarak pemanduan 321.9 kilometer (km) di daratan dan 177 km di udara.
“Kereta terbang Alef merupakan penyelesaian moden untuk keperluan pengangkutan bandar dan luar bandar pada abad ke-21 kerana ia pengangkutan terpantas dan paling mudah pernah dicipta untuk bergerak dari tempat berlepas ke destinasi akhir.
 alef.aero
“Dengan membolehkan pengguna memilih mod memandu atau terbang, kereta terbang Alef berfungsi memberi laluan optimum bergantung kepada keadaan jalan, cuaca dan infrastruktur,” kata Pegawai Eksekutif Alef, Jim Dukhovny.
Syarikat itu telah menjalankan ujian penerbangan prototaip bersaiz penuh Model A sejak 2019 selain mengusahakan kereta terbang sejak 2015 dan disokong oleh sebilangan pelabur berprofil tinggi.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
pasni makin banyak eksiden kat langit pulak… |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta terbang berumah di planet petanda mau kiamat hampiri |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau terbang mcm mana nak kutip tol?
 |
|
|
|
|
|
|
|
In your dream bebeh! In your dream! |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti sesak kat atas pulak lepas tu accident jatuh ke bawah kena org awam hehe |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss: pasni makin banyak eksiden kat ...
Bayang driver myvi dapat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
To those tak suka bayar tol: nanti bila sampai tol, boleh lompat terbang masuk highway |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 23-10-2022 03:36 AM
pasni makin banyak eksiden kat langit pulak…
lagi bahaya..udah la berlanggar..silap2 orng bawah kena timpa keta jatuh la plak... |
|
|
|
|
|
|
|
beribu tahun lagi baru boleh nk dpt kereta terbang gini. |
|
|
|
|
|
|
|
kannn... kereta, bangunan, manusia, haiwan kat bawah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
bising giler ni wooounggggg wooounggggg.. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik biar jem kt ats pulak
tp kdg i mmg fedap nk g krrja sbb jem..kdgg tu dh siap2 pakai baju semua.pastu intai kt balkoni keta bersusun i smbg tdo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau google kampeni ni, kereta terbang VTOL style, tapi cara terbang lain macam.
Bayangkan Boba Fett Starship.... masa naik lain bila terbang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti lambat saja lah... Alef ini computer scientist mahu buat kereta terbang bukan his expertise dan his team... But elon musk sudah mula invest kepada his project... |
|
|
|
|
|
|
| |
|