Setiap wanita sudah berkahwin pasti akan mencari tip dalam memenangi hati suami dan menjaga keharmonian rumah tangga agar dapat kekal bahagia.
Dalam perkongsian terbaharunya menerusi media sosial, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan tip yang diamalkannya. Kongsinya, kalau suami sedang marah, usahlah bertindak melulu dengan mencurahkan lagi minyak yang panas ke dalam api. “Kalau suami tengah marah, cari masa dan waktu yang sesuai untuk bercakap balik. Tunggu hati dia sejuk dahulu.
“Jangan kita pun marah. Kalau sama-sama naik marah, nanti meletup. Jadi, kita kena sabar dan tunggu dia relak dan bertenang," ujarnya. Jelas Siti lagi, jika sukar untuk bercakap, gunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. “Cara ini juga boleh kurangkan pergaduhan dan membuatkan suasana jadi harmoni dan ia juga lebih mudah untuk kita bagitau isi hati kita. “Itu yang pernah saya lakukan. Sebab, bila tulis WhatsApp, kita akan fikir dahulu ayat yang betul dan sesuai untuk kita menyampaikan mesej. Kalau kita rasa ayat itu tidak kena, kita akan padam dan kemudian karang semula,” katanya. Akhir sekali, Siti mengatakan bahawa air tangan juga adalah faktor penting untuk memenangi hati suami. “Masak benda yang simple pun tidak apa. Walaupun hanya dengan satu menu, kalau itu boleh membuatkan suami gembira, buatlah. “Macam Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) senang. Asal ada ikan goreng panas yang garing dengan sambal belacan serta ulam-ulaman, itu sudah cukup menggembirakan dia. “Kalau dia tengah lapar sangat, buat je makanan tuh, dia akan happy. Satu lagi confirm dia takkan marah. Tapi, takkanlah kita asyik-asyik nak hidangkan makanan itu sahajakan? Kena buat jugalah masakan yang lain. Kena belajarlah,” katanya. Sebagai manusia biasa, Siti mengakui, dia juga punya sikap merajuk. “Tapi, cara saya merajuk, saya akan diam. Saya memilih untuk berdiam, sebab adakalanya berdiam itu lebih baik. Tapi, bila suami panggil, kita pergilah. Bila dia tengok kita diam, dia pulak rasa tak selesa dan akan pujuk kita,” katanya. IG Siti Sumber: Getaran
|
tashira replied at 23-10-2022 09:54 AM
siti ni kalau marah pun dia diam dan beredar. jenis x suka tengking2 sembur2 baran menyala2 jegil2 m ...
ADVERTISEMENT