CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6475|Reply: 19

Ini Cara Siti Nurhaliza Merajuk Dengan Suami - 'Tapi, Bila Suami Panggil...'

[Copy link]
Post time 22-10-2022 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Setiap wanita sudah berkahwin pasti akan mencari tip dalam memenangi hati suami dan menjaga keharmonian rumah tangga agar dapat kekal bahagia.


Dalam perkongsian terbaharunya menerusi media sosial, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan tip yang diamalkannya.


Kongsinya, kalau suami sedang marah, usahlah bertindak melulu dengan mencurahkan lagi minyak yang panas ke dalam api.




IG Siti




“Kalau suami tengah marah, cari masa dan waktu yang sesuai untuk bercakap balik. Tunggu hati dia sejuk dahulu.


“Jangan kita pun marah. Kalau sama-sama naik marah, nanti meletup. Jadi, kita kena sabar dan tunggu dia relak dan bertenang," ujarnya.




IG Siti




Jelas Siti lagi, jika sukar untuk bercakap, gunakan WhatsApp untuk berkomunikasi.


“Cara ini juga boleh kurangkan pergaduhan dan membuatkan suasana jadi harmoni dan ia juga lebih mudah untuk kita bagitau isi hati kita.


“Itu yang pernah saya lakukan. Sebab, bila tulis WhatsApp, kita akan fikir dahulu ayat yang betul dan sesuai untuk kita menyampaikan mesej. Kalau kita rasa ayat itu tidak kena, kita akan padam dan kemudian karang semula,” katanya.


Akhir sekali, Siti mengatakan bahawa air tangan juga adalah faktor penting untuk memenangi hati suami.


“Masak benda yang simple pun tidak apa. Walaupun hanya dengan satu menu, kalau itu boleh membuatkan suami gembira, buatlah.




IG Siti




“Macam Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) senang. Asal ada ikan goreng panas yang garing dengan sambal belacan serta ulam-ulaman, itu sudah cukup menggembirakan dia.


“Kalau dia tengah lapar sangat, buat je makanan tuh, dia akan happy. Satu lagi confirm dia takkan marah. Tapi, takkanlah kita asyik-asyik nak hidangkan makanan itu sahajakan? Kena buat jugalah masakan yang lain. Kena belajarlah,” katanya.


Sebagai manusia biasa, Siti mengakui, dia juga punya sikap merajuk.


“Tapi, cara saya merajuk, saya akan diam. Saya memilih untuk berdiam, sebab adakalanya berdiam itu lebih baik. Tapi, bila suami panggil, kita pergilah. Bila dia tengok kita diam, dia pulak rasa tak selesa dan akan pujuk kita,” katanya.





IG Siti





Sumber: Getaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 07:52 AM | Show all posts
Tok Misai merajuk nyanyi lagu Kesilapanku Keegoanmu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh begitu tips nya...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
betul tu datok ct...lg satu kalau bini kalau marah anak, tlg la bebel tu jgn babitkan laki sekali...mmg nak cari gaduh la jawabnya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:54 AM | Show all posts
Edited by tashira at 23-10-2022 10:00 AM

siti ni kalau marah pun dia diam dan beredar. jenis x suka tengking2 sembur2 baran menyala2 jegil2 mata masam2 mencuka buat muka kat orang. jenis x suka cari pasal atau cari gaduh dengan orang. memasing dah cool baru siti duduk berbincang pasal masalah. hanya Allah yang tahu hati budi dia ni. agaknya sebab tu kot siti ni murah rezeki dan ramai org suka. sikap yg kita sume boleh tiru.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang jenis yg penuh sabar dia ni... Sabar dgn suami memang nampak lah terpaling sabar nya, sabar dgn anak2 tiri... Sabar dgn pemenat2... Tp lately pandai dah bersuara bila pemenat kecam kecam manja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 10:35 AM | Show all posts
ohh begitu tips nyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 10:44 AM | Show all posts
Tips ct ni hanya untuk siapa yang ada suami tua umur 60 ke atas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 11:16 AM | Show all posts
Kihkihkih tapayah nak tips jaga suami sangatlah ni tips jaga rentua miang low-T yang dah sakit-sakit sebenonya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols saspek laki tua sheols ni insecure
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini saya percaya. Jenis ni kalau marah memang diam. Btw, flolesnya muka tok k dlm gmbr tu. Over nawww filter
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 04:29 AM | Show all posts
Tips rembat laki orang tanak share ke? Oh ye lah...dah jodoh kaan..hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:01 PM | Show all posts
sebenarnya....... dato' K ni sekarang dia buat business apa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat dkertu pemarah. Mujur la tokti penyabar jadi balance la
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tashira replied at 23-10-2022 09:54 AM
siti ni kalau marah pun dia diam dan beredar. jenis x suka tengking2 sembur2 baran menyala2 jegil2 m ...

Kau create MN baru semata nak puji siti ke? Tak berbaloi. Guna je MN sedia ada, takdenya orang nak marah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tok k ni mesti jenis moody kan..tengok air muka dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcn mana nak makeup cantik mcm.siti?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:44 PM | Show all posts
sebab tu la datukk nih nak kat ct caras kot...penyabarrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah tok k minik penyabar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
#donedoajadisabarcamtokti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.303685 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list