Seorang wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur -Putrajaya (MEX) pada pagi Sabtu (22 Oktober).
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Abdurrahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.14 pagi. "Seramai 17 anggota bomba dan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian dari Balai Bomba Bukit Jalil dan Pudu," katanya. Difahamkan, dua buah kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.
Pemandu sebuah lagi kenderaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan manakala kereta mangsa musnah sama sekali. "Mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu," kata Khairuddin sambil menambah, empat penumpang lain yang menaiki kereta bersama mangsa sempat menyelamatkan diri dan mengalami cedera ringan. Tambahnya, kes itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - CARI Sumber: mStar Online
|
Decaffeinated replied at 22-10-2022 01:23 PM
Thread ni sendu sebab takde video air mata.
kepompong replied at 22-10-2022 01:26 PM
macam terbaca byk kenderaan terbakar minggu ni? byk betul kerugian. kesian syarikat insurans
cmf_premierleag replied at 22-10-2022 03:02 PM
Apa nk kesian syrkt insurans lak
Dah mmg tu tugas insurans
Kalo taknak jalankan tugas t/jawab sbg ...
ADVERTISEMENT