CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS Bagi Amaran, 'Panas' Tengok Hamas Normalisasi Hubungan Dengan Syria

21-10-2022 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 735| Komen: 2

Amerika Syarikat (AS) memberi amaran terhadap sebarang normalisasi hubungan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad dan menegaskan perdamaiannya dengan Hamas.

Pemimpin Syria itu yang secara beransur-ansur memulihkan hubungan di dunia Arab, menerima kunjungan delegasi kumpulan Islam Sunni Palestin yang berpangkalan di Gaza, pada Rabu lalu.


Bashar (dua dari kiri) menerima kunjungan delegasi pemimpin kumpulan dari Palestin.
Foto: Doha News


"Pendekatan rejim Bashar kepada organisasi ini hanya memperkukuh bagi kami (adalah) 'pengasingan'," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price kepada pemberita.


Beliau berkata, ia memudaratkan kepentingan rakyat Palestin dan ia menjejaskan usaha global untuk memerangi keganasan di rantau ini dan seterusnya.

"Kami akan terus menolak sebarang sokongan untuk memulihkan rejim Bashar, terutamanya daripada organisasi pengganas yang ditetapkan seperti Hamas," katanya.

Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza sudah lama bersekutu dengan Syria sebelum 'berpisah' dengannya pada 2012.

Ia selepas Hamas mengutuk penindasan bantahan sebahagian besar Sunni oleh Assad yang juga dilihat pemimpin sekular dari mahzab Alawit.

Lawatan ke Damsyik itu berlaku di tengah-tengah kemerosotan hubungan yang diuruskan oleh Iran antara Hamas dan Hizbullah, kumpulan pejuang Syiah dari Lubnan yang menyokong Assad.

Bashar pada Mac mengembara ke Emiriah Arab Bersatu, tanda simbolik normalisasi yang turut dikecam oleh Amerika Syarikat, rakan kongsi rapat negara Teluk Arab.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 21-10-2022 02:13 PM
Negara2 kafir macam AS mana suka negara2 islam berbaik. susah la dia nak perhamba negara islam.
Quote AbukRokok 21-10-2022 05:41 PM
bukan amerika je panas
adala nti puak sunni yg panas sekali

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.169492 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top