CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 2

AS Bagi Amaran, 'Panas' Tengok Hamas Normalisasi Hubungan Dengan Syria

[Copy link]
Post time 21-10-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Amerika Syarikat (AS) memberi amaran terhadap sebarang normalisasi hubungan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad dan menegaskan perdamaiannya dengan Hamas.


Pemimpin Syria itu yang secara beransur-ansur memulihkan hubungan di dunia Arab, menerima kunjungan delegasi kumpulan Islam Sunni Palestin yang berpangkalan di Gaza, pada Rabu lalu.




Bashar (dua dari kiri) menerima kunjungan delegasi pemimpin kumpulan dari Palestin.
Foto: Doha News







"endekatan rejim Bashar kepada organisasi ini hanya memperkukuh bagi kami (adalah) 'pengasingan'," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price kepada pemberita.


Beliau berkata, ia memudaratkan kepentingan rakyat Palestin dan ia menjejaskan usaha global untuk memerangi keganasan di rantau ini dan seterusnya.


"Kami akan terus menolak sebarang sokongan untuk memulihkan rejim Bashar, terutamanya daripada organisasi pengganas yang ditetapkan seperti Hamas," katanya.


Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza sudah lama bersekutu dengan Syria sebelum 'berpisah' dengannya pada 2012.


Ia selepas Hamas mengutuk penindasan bantahan sebahagian besar Sunni oleh Assad yang juga dilihat pemimpin sekular dari mahzab Alawit.


Lawatan ke Damsyik itu berlaku di tengah-tengah kemerosotan hubungan yang diuruskan oleh Iran antara Hamas dan Hizbullah, kumpulan pejuang Syiah dari Lubnan yang menyokong Assad.


Bashar pada Mac mengembara ke Emiriah Arab Bersatu, tanda simbolik normalisasi yang turut dikecam oleh Amerika Syarikat, rakan kongsi rapat negara Teluk Arab.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara2 kafir macam AS mana suka negara2 islam berbaik. susah la dia nak perhamba negara islam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 05:41 PM | Show all posts
bukan amerika je panas
adala nti puak sunni yg panas sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042735 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list