CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percutian Tragis Bersama Anak, Ibu Maut Petir Masuk Telinga Ketika Berada Di Pantai

21-10-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1984| Komen: 9

Seorang wanita meninggal dunia secara tragis selepas dipanah petir ketika bercuti musim panas bersama anak-anaknya.

Selepas dihantar pulang ke United Kingdom, Daniella terus diberikan pengudaraan dalam rawatan rapi di Nottingham.

Dia sentiasa dipantau, dan menerima rawatan untuk suhu badan yang tinggi dan jangkitan pada kencing.


Getty image/Daily Star

Daniella DiMambro, 48, ‘tewas’ selepas cedera parah berikutan kemalangan ganjil di Croatia pada 20 Ogos.

Bercerita lanjut, petir tersebut memasuki telinga kanannya semasa dia berada di pantai berhampiran Split, menurut koroner kanan Mairin Casey, Nottinghamshire.


Seorang saksi bertindak pantas melangkah masuk untuk memberikan Daniella CPR, tetapi ibu itu dalam keadaan tragis kerana mengalami kecederaan otak hipoksia.

Daniella meninggal dunia pada 7 Oktober di sebuah hospital di Nottingham dan identiti disahkan oleh doktor yang merawatnya, lapor Nottingham Live.

Penyebab utama kematian adalah kecederaan otak hipoksik-iskemik, diikuti oleh serangan jantung, kemudian ‘sambaran petir’ dan jangkitan pada saluran kencing. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-10-2022 01:43 PM
Badan dia tak terbakar ke? Pelik nya kes ni
Quote Artemesiaa 21-10-2022 01:50 PM
Mengerikan musim hujan lebat dengan ribut petir ni eloklah kurangkan kegiatan diluar rumah.  
Quote venom1 21-10-2022 01:51 PM
kematian pelbagai cara. moga kita diberikan kematian Husnul Khotimah
Quote gigahertz 21-10-2022 08:48 PM
venom1 replied at 21-10-2022 05:51 AM
kematian pelbagai cara. moga kita diberikan kematian Husnul Khotimah

News mcm ni buat i tak nak keluar rumah.
Quote kakikuDibibirmu 21-10-2022 08:54 PM
Ustaz Dusuki Petirman tersenyum sinis

530077.jpg
Quote Jajabeans 21-10-2022 08:54 PM
mmg ada weh kes mcmni.. kwn aku penah citer kakak dia time tu kt dlm rumah mase tu hujan lebat masa dia lalu sebelah tingkap ada petir tgh memanah zappp masuk dlm telinga. tp xmati la.. pitam dia pastu hilang pendengaran sebelah. mcm xlogik tp tu la terjadi.
Quote tumpanglalu74 21-10-2022 09:03 PM
Edited by tumpanglalu74 at 21-10-2022 09:05 PM
Jajabeans replied at 21-10-2022 08:54 PM
mmg ada weh kes mcmni.. kwn aku penah citer kakak dia time tu kt dlm rumah mase tu hujan lebat masa  ...

Homaigaddd..

Lobai tersenyum sinis.  Kilat bunoh setan kata meke..

@kakikuDibibirmu
Quote kakikuDibibirmu 21-10-2022 09:07 PM
Selalunya yang kena panah petir ni setan!
Quote kotakbaju 21-10-2022 09:12 PM
Jajabeans replied at 21-10-2022 08:54 PM
mmg ada weh kes mcmni.. kwn aku penah citer kakak dia time tu kt dlm rumah mase tu hujan lebat masa  ...

Aduhh menakutkan. lepas ni kalau hujan yang ada kilat petir tu kena tutup tingkap la. Sebab iols memang dok bukak tingkap bagi angin luar masuk.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062509 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top