CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Individu Rentung 100 Peratus Dalam Perodua Kancil Terbakar Tepi Jalan Shapadu

21-10-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1312| Komen: 8

Seorang individu ditemukan rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang, dekat sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 5.27 pagi.


Sinar Harian

Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan sebuah Perodua Kancil yang terbakar keseluruhannya.

"Terdapat seorang mangsa yang tidak dapat dipastikan jantina turut terbakar 100 peratus di tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Foto: Ihsan Bomba/Harian Metro


Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-10-2022 10:56 AM
sape la agknya tu
Quote sangbara2020 21-10-2022 11:25 AM
kes bunuh ke....
Quote sangbara2020 21-10-2022 11:26 AM
kes bunuh ke....
Quote Simunggu 21-10-2022 11:28 AM
bunuh diri atau dibunuh...
Quote epullipan 21-10-2022 11:34 AM
masih dalam siasatan ke? litar pintas, kes bunuh etc macam2 speku ni
Quote KamikuP 21-10-2022 11:37 AM
Hoh sapo tu?
Quote venom1 21-10-2022 01:59 PM
moga dapat dikenalpasti mangsa tersebut.
Quote JunkMail 21-10-2022 02:25 PM
Yang terbakar dalam Vios hari tu dah tau sapa ke?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.034527 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top