Seorang individu ditemukan rentung di dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang, dekat sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 5.27 pagi.
Sinar Harian
Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi.
"Kebakaran membabitkan sebuah Perodua Kancil yang terbakar keseluruhannya.
"Terdapat seorang mangsa yang tidak dapat dipastikan jantina turut terbakar 100 peratus di tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Foto: Ihsan Bomba/Harian Metro
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro |