CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Akon Banyak Isteri Kata, Takkan Nak Pakai Benda Sama Setiap Hari?

20-10-2022 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2164| Komen: 9

Penyanyi R&B dan penerbit, Akon muncul sebagai tetamu dalam sebuah radio Amerika Syarikat dengan Big Boy sebagai deejay.

Dalam temubual tersebut, Akon yang sudah tercalon dalam banyak Grammy Award tidak hanya berbicara tentang kerjaya, tetapi mengenai kehidupan peribadinya.


IG Akon

Lelaki dengan nama sebenar Aliaune Damala Badara Akon Thiam itu bercerita tentang kehidupannya sebagai seorang suami yang memiliki lebih daripada satu isteri.

Namun Akon tidak pernah mendedahkan berapa banyak isteri yang dimilikinya setakat ini.


“Saya tidak akan beritahu berapa isteri saya. Saya lebih suka orang menekanya,” kata Akon seperti dilaporkan ladbible.com.

Dia menyifatkan poligami atau memiliki banyak isteri memudahkan kehidupannya. Lelaki berusia 49 tahun itu kemudian memberi analogi memiliki banyak isteri seperti mempunyai kereta Ferarri dari warna yang berbeza.

“Hidup menjadi sukar kerana kita hanya perlu fokus kepada satu perkara pada satu masa. Itu sukar.

“Okay, fikir seperti ini. Saya benci memberi analogi seperti ini sebab tidak mahu orang mengambilnya secara salah.


IG Akon

“Katakan, anda mempunyai empat Ferrari dengan warna berbeza, setiap hari anda tak perlu pening kereta yang mana satu akan anda pandu. Buat pilihan yang lebih mudah.

“Memikirkan atau memberi hanya satu fokus, saya fikir kita tidak boleh memakai benda yang sama setiap hari,” katanya panjang lebar.

Sehingga kini, media memang tidak dapat memastikan jumlah isteri Akon. Ada yang mengatakan dia sudah memiliki empat isteri dan bertunang dengan wanita kelima.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 21-10-2022 12:11 AM
DISGUSTING!!!
Quote Page88 21-10-2022 12:12 AM
DISGUSTING!!!
Quote azimodin 21-10-2022 08:11 AM
Samakan bini macam kereta. Ah sudahhh, ada 1 bini lagi senang. Xpayah pening nak pilih kereta, nak renew insurance & roadtax banyak2
Quote imanamsyar 21-10-2022 08:24 AM
bini dia pun boleh kata: xkan nak guna penis yang sama..dah la kena bergilir.. lepas tu no variety flavor..lasting only 2 minute max..hahahaaa..kita tgk apa kata pakcik akon ni plak...
Quote Prickford 21-10-2022 08:35 AM
Bak kata laki iolls, 1 bini pon dah pening sakit jantung melayan perangai, inikan pulak 2,3 bini
Quote ainonymous 21-10-2022 10:40 AM
eeeeee mesti ada penyakit kelamin. grosss
Quote ibugarang 21-10-2022 11:10 AM
Errrr gross. ikut mung la akon oii..
Quote iolss 21-10-2022 06:39 PM
lonely..im so lonely...
now x lonely dah.. byk bini ble hiburkan
Quote gideoncross 22-10-2022 12:54 AM
imanamsyar replied at 21-10-2022 08:24 AM
bini dia pun boleh kata: xkan nak guna penis yang sama..dah la kena bergilir.. lepas tu no variety f ...

Sat lgi kluar statement yg prmpuan ni x brguna hahahaha. Double standard at it's worst.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.232481 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top