CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peminat Kecewa Konsert Dimash Kudaibergen Terpaksa Ditunda Disebabkan PRU15

21-10-2022 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1411| Komen: 4

Description: Peminat yang tertunggu-tunggu konsert solo Dimash Kudaibergen berjudul STRANGER di Axiata Arena Bukit Jalil pada 19 November ini bagaimanapun kecewa kerana ia terpaksa ditangguhkan.
Peminat yang tertunggu-tunggu konsert solo Dimash Kudaibergen berjudul STRANGER di Axiata Arena Bukit Jalil pada 19 November ini bagaimanapun kecewa kerana ia terpaksa ditangguhkan.


Pihak penganjur, ACO MEDIA dalam satu kenyataan mengumumkan khabar sedih mengenai konsert penyanyi dari Kazakhstan yang terkenal itu yang terpaksa ditangguhkan kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal berlangsung pada hari sama.


IG Dimash

“ACO MEDIA telah membuat keputusan untuk menangguhkan keseluruhan persembahan sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas kesulitan untuk menangguhkan konsert Dimash QUDAIBERGEN pada 19 November di Axiata Arena."


Peminat yang kecewa berharap pihak penganjur akan mengubah tarikh pada hari seterusnya iaitu 20 Oktober 2022, sehari selepas hari mengundi.



Menurut pihak penganjur ACO MEDIA di Instagram, tiket akan mula dijual mulai hari ini (21 Okt 2022), 11 pagi dan seterusnya di www.ticket2u.com.my Harga tiket VIP RM1288,CAT 1 RM988, CAT 2 RM788, CAT 3 RM588, dan CAT 4 RM388.




Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-10-2022 04:39 PM
ehh sapa dia ni
Quote cikkilata 21-10-2022 05:23 PM
Ai gigih google nak tahu sape mamat ni.. artis kazakh rupanya...
Quote whimsicalmusic 22-10-2022 02:10 AM
cikatilia: ehh sapa dia ni
hr tu iolls br tao sbb ade forumer yg mention, mmg hebat stail nyanyian dia ni
Quote whimsicalmusic 22-10-2022 02:12 AM
Konsert die mmg falls on election day, konsert nek ani yg awal tu plak yg cancel dulu..tiket nek ani pn lg mahal, tp dpt x tandingi level dimash ni?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043545 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top