Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik mencemaskan apabila isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dikejarkan ke hospital akibat mengalami pendarahan.
Menurut Aliff, 35, semasa kejadian dia sedang melakukan siaran langsung di laman sosial dan terkejut mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan. "Masa ini saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya. "Semuanya jadi kelam kabut, sepanjang perjalanan isteri saya mengalami pendarahan," katanya.
Aliff berkongsi mengenai kejadian itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis. Dalam pada itu, Aliff memberitahu doktor sudah menjalankan pemeriksaan dan mendapati bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Shahida dan bayi dalam kandungan sihat sehinggalah hari kelahiran. Sementara itu, Shahida menerusi Instagram miliknya pula meminta pandangan pengikutnya yang pernah mengalami pendarahan yang sama. Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Sumber: mStar
|
rayna_raynes replied at 21-10-2022 12:10 AM
Orang kaya takpelah beranak ramai2
DeLuna85 replied at 21-10-2022 01:43 AM
Aku pun fikir mcmni. Dan tak paham dengan orang yang tak mampu tapi beranak pinak sampai makan pun ...
naina replied at 21-10-2022 07:16 AM
Rahim dah loose ke awak eh kalau kebawah2 sangat ni
ADVERTISEMENT