CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2147|Reply: 15

Tengah Sibuk Buat Live Isteri Menjerit Sakit, Datin Shahida Hamil 4 Bulan Alami Pendarahan

[Copy link]
Post time 20-10-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik mencemaskan apabila isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dikejarkan ke hospital akibat mengalami pendarahan.


Menurut Aliff, 35, semasa kejadian dia sedang melakukan siaran langsung di laman sosial dan terkejut mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan.




IG Aliff




"Masa ini saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya.


"Semuanya jadi kelam kabut, sepanjang perjalanan isteri saya mengalami pendarahan," katanya.


Aliff berkongsi mengenai kejadian itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.


Dalam pada itu, Aliff memberitahu doktor sudah menjalankan pemeriksaan dan mendapati bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.








Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Shahida dan bayi dalam kandungan sihat sehinggalah hari kelahiran.


Sementara itu, Shahida menerusi Instagram miliknya pula meminta pandangan pengikutnya yang pernah mengalami pendarahan yang sama.








Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.


Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 12:10 AM | Show all posts
Orang kaya takpelah beranak ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 21-10-2022 12:10 AM
Orang kaya takpelah beranak ramai2

Aku pun fikir mcmni. Dan tak paham dengan orang yang tak mampu tapi beranak pinak sampai makan pun kena catu. Siap tak mampu nak hantar anak ke sekolah lagi. Dah aniaya budak2 tu pulak. Kesian tau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scidbu at 21-10-2022 07:02 AM

Zilap post
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 21-10-2022 01:43 AM
Aku pun fikir mcmni. Dan tak paham dengan orang yang tak mampu tapi beranak pinak sampai makan pun ...

Anak kan pembawa rezeki sbb tu makcik bawang bising kalau merancang anak... zzz
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahim dah loose ke awak eh kalau kebawah2 sangat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena baring ajelah sampai bersalin nanti? Nasiblah depa kaya, pembantu umah pun ramai, boleh rest aje aman2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 08:55 AM | Show all posts
Subur betul si Shahida nie... And dalam sotongnye si Alip ni rajin gak buat anak....

Anak dia semua comey and helok gak... rezeki dia... janganlah ade yg kelempuk macam dia nanti bila dah besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 08:56 AM | Show all posts
insyallah nanti uri akan naik semula...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 09:02 AM | Show all posts
sedap nama anak2 dia yaa.. baru perasan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 09:04 AM | Show all posts
walaupun saya tak suka laki bini ni, saya doakan agar ibu dan baby dalam kandungan tu sihat sentiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 09:51 AM | Show all posts
mmg life berkamera saja ke depa ni
mcm scene dlm drama aje
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 10:47 AM | Show all posts
Kena bed rest sampai beranak..huntong la nasib orang kaya..kalau makan gaji, terus kena buang kerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Placenta previa la ni.. i penah kena sbb lasak sgt kerja,terlampau byk sgt bergerak.. xde cara lain kena bedrest smp beranak.. bnyakkan sujud boleh beranak normal.. kalau teruk kena c-sec la datin
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 21-10-2022 07:16 AM
Rahim dah loose ke awak eh kalau kebawah2 sangat ni

X ada kaitan dgn rahim loose. Ni namanya placenta previa. Ank 1st pon boleh jd PP ni & tgk pulak type berapa dia kena. Kalau mcm datin ni smpai bleeding rasanya mcm type 3@4. Uri tutup laluan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus juga alif syukri ni cakna bab isteri dia. walau mcm2 kontroversi. bab ni mmg bagus la. ramai je lelaki2 kayangan yg lain jenis x igt bini. hope everything turns out well for shahida.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 1.050533 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list