New Delhi: Pengunjung festival perayaan Deepavali tahun ini yang bermain mercun berdepan hukuman penjara enam bulan.
Menteri Alam Sekitar New Delhi, Gopal Rai berkata, larangan itu diperkenalkan bagi membantu memerangi pencemaran musim sejuk. Katanya, mereka yang ditangkap membakar mercun kali ini akan berdepan denda 200 rupee (RM11.39) dan penjara sehingga enam bulan. "Mereka yang didapati menyimpan dan menjual mercun pula akan didenda 5,000 rupee (RM284.71) dan penjara sehingga tiga tahun," katanya kepada pemberita.
Larangan yang lebih meluas untuk mercun dilaksanakan bulan lalu dan akan berlangsung sehingga 1 Januari tahun hadapan. New Delhi, yang memiliki kira-kira 20 juta penduduk adalah ibu kota paling tercemar di dunia dan paras zarah naik semasa musim sejuk apabila udara sejuk memerangkap asap dan debu daripada banyak sumber. Mercun sejak turun-temurun menjadi sebahagian daripada Diwali, perayaan lampu Hindu, yang berlangsung minggu depan di seluruh India. Namun, pihak berkuasa bandar mengharamkan penjualan dan penggunaan mercun sepanjang tempoh perayaan sejak dua tahun lalu. Ini termasuk mengawal pembakaran sisa dan penggunaan senjata api antiasap dan penyiram air. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Artemesiaa replied at 21-10-2022 02:17 PM
Laa kat negara lain rupanya ikatkan kat tanahair. Siap ler berdentam dentum berjam lewat malam nant ...
tri-max replied at 21-10-2022 02:14 PM
bakar mercun ni umpama bakar duit
org dolu2 bakar mercun utk halau haiwan liar yg rosakkan tnaman
or ...
ADVERTISEMENT