CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1455|Reply: 21

Denda Dan Penjara Kalau Main Mercun Ketika Festival Deepavali

[Copy link]
Post time 20-10-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Pengunjung festival perayaan Deepavali tahun ini yang bermain mercun berdepan hukuman penjara enam bulan.


Menteri Alam Sekitar New Delhi, Gopal Rai berkata, larangan itu diperkenalkan bagi membantu memerangi pencemaran musim sejuk.


Katanya, mereka yang ditangkap membakar mercun kali ini akan berdepan denda 200 rupee (RM11.39) dan penjara sehingga enam bulan.






Foto: Reuters




"Mereka yang didapati menyimpan dan menjual mercun pula akan didenda 5,000 rupee (RM284.71) dan penjara sehingga tiga tahun," katanya kepada pemberita.


Larangan yang lebih meluas untuk mercun dilaksanakan bulan lalu dan akan berlangsung sehingga 1 Januari tahun hadapan.


New Delhi, yang memiliki kira-kira 20 juta penduduk adalah ibu kota paling tercemar di dunia dan paras zarah naik semasa musim sejuk apabila udara sejuk memerangkap asap dan debu daripada banyak sumber.


Mercun sejak turun-temurun menjadi sebahagian daripada Diwali, perayaan lampu Hindu, yang berlangsung minggu depan di seluruh India.


Namun, pihak berkuasa bandar mengharamkan penjualan dan penggunaan mercun sepanjang tempoh perayaan sejak dua tahun lalu.


Ini termasuk mengawal pembakaran sisa dan penggunaan senjata api antiasap dan penyiram air. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 12:53 PM | Show all posts
kat negara asal leluhur rupanya, akak ingatkan kat sini, baru nak gelak.

kalaulah jiran2 boleh saman tuan rumah yg sewakan kpd penyewa leluhur ni lepas tu hilang tanpa berita bila jiran2 report penyewa jenis setan ni kat taman akak ni je 20 org nak menyaman.

kpd yg ada adik beradik ahli keluarga, laki hang sewakan rumah dekat diorang ni bolehla tanya penyewa korang tu takda ke jiran2 bgtau bermasalah? nak sewakan rumah jd kapitalis tu boleh je tp janganlah jadi pemilik rumah setan sewakan dekat setan jugak,
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 12:59 PM | Show all posts
hmmm..kat sini maintain laaa cam medan perang
da start dah 2 3 ari ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 05:32 PM | Show all posts
ingt kat msia. boleh jgk aku laporkan kalau bising tgh malam
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 10:46 AM | Show all posts
Kat negara yg dia majoriti pun tak boleh main mercun. Kat sini, main mercun mcm lah dia yg majoriti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 10:54 AM | Show all posts
Untunglah denda.


Kalau area rumah aku pukul 12am dah start perang sampai subuh. Dorang ni memang xreti tido ke? Tengah tido pun boleh terkejut punyalah kuat berdentum. Tabah lah hati. Belum lagi konsert todi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2022 12:05 PM | Show all posts
tgkkan je la mlm ni...
kot2 ada yg bako mercun klcc boleh la sambil2 tgk duk luo minum kopi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 12:31 PM | Show all posts
laaa. kat yindia.
kenapa bukan kat sini.
sejak bila bakar mercun jadi budaya yindia?

kat tempat aku ni, ada sorang jer india sepanjang jalan.
yang lain semua melayu dan cina.

dia sorang jer yang bakar mercun time raya,
memekak jer jam 12 tengah malam, 10-15 minit baru habis.
lepas tu ada yang sambung kat jalan lain pulak, jam 1-2 pagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 01:37 PM | Show all posts
Please....this has fully never stopped anyone from still continuing to burst firecrackers during the festival times.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 02:14 PM | Show all posts
bakar mercun ni umpama bakar duit
org dolu2 bakar mercun utk halau haiwan liar yg rosakkan tnaman
org skrg bakar mercun ... hmm saja nak bagi gempak setaman
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 02:17 PM | Show all posts
Edited by Artemesiaa at 21-10-2022 02:25 PM

Laa kat negara lain rupanya ingatkan kat tanahair.  Siap ler berdentam dentum berjam lewat malam nanti.
p/s payah bila lappy pandai2 autocorrect spell sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh negara dorang sana rupanya
Kat msia je lah yg bebas kan
Siap dimarah2 lagi org yg komplen , disuruh berlapang hati terima je segala pencemaran
Msia paling bebas utk semua makhluk yg sukakan kebisingan
Pakat2 lah berhijrah masuk msia
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 21-10-2022 02:17 PM
Laa kat negara lain rupanya ikatkan kat tanahair.  Siap ler berdentam dentum berjam lewat malam nant ...

Kau nak ikat tepi ke ikat mati sister?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak suka orang bakar mercun sister. Sebab akak kan benci baby, so bila depa bakar mercun, sudah pasti baby2 (read:babi) ini ketangisan tak dapat tidur sister.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:31 PM | Show all posts
tri-max replied at 21-10-2022 02:14 PM
bakar mercun ni umpama bakar duit
org dolu2 bakar mercun utk halau haiwan liar yg rosakkan tnaman
or ...

Setuju, baik Ramadan, Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali tak ada hasilnya bermain mercun melainkan memudaratkan.. Hari Merdeka dan Hari Malaysia elok aje tak ada main mercun..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 12:03 AM | Show all posts
Edited by brego at 24-10-2022 12:06 AM

meriah hindu sambut depavali tahun nih,
3,4 tempat serentak bakar mercun kat sini,
dah 6 minit tak berenti lagi.
banyak duit hindu ni semua.

bila hindu bakar mercun, tahun baru cina pun kalah  

aku nak tengok sampai jam berapa hindu ni semua main mercun tahun nih



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedang berlalu di kawasan rumah aku ni . Tak paham kenapalah mesti naik main mercun bunga api berdentum². Time org nak tido time tu lah dia start.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar je lah negara sana punya rules.
Sini pulak bergema mercun2 dekat 15 minit non stop. Anak nak tidoo oii.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kt sana xpe ..ingt batu cave
kwnn opis br balik dr india sana..she p kuil sana..mcm umrah gituh la..dia ckp la kalau p sana kn..kiranya kalau meninggal trus masuk surga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tp sini mmg berdenting dentung bnyi fire work..bg chance la deepavali..time raya lain pun sama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.193249 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list