TRENTON, NEW JERSEY – Seekor ular mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang pesawat United Airlines apabila ia ditemui ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post.
Pesawat itu dilaporkan mendarat sekitar pukul 1.15 tengah hari (waktu tempatan) selepas menamatkan penerbangan selama dua jam dari Tampa, negeri Florida apabila jeritan penumpang kedengaran dari ruang kabin kelas perniagaan, lapor saluran berita News 12 New Jersey. Penumpang yang ketakutan dilaporkan mengangkat kaki mereka untuk mengelak ular tersebut ketika ia menyusur di sekitar kabin. Seorang jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan memberitahu, pegawainya segera mengeluarkan ular itu sebaik sahaja pesawat berkenaan sampai ke pintu pagar lapangan terbang. Masih tidak jelas bagaimana ular itu dapat memasuki pesawat berkenaan. Selepas ia dialihkan, penumpang kemudian turun bersama bagasi mereka dan pihak berkuasa menjalankan tugas untuk mengesan sebarang reptilia lain yang berada atas pesawat, lapor laman berita Simple Flying. Bagaimanapun, tiada haiwan lain ditemui. Gangguan itu menyebabkan penerbangan mengalami kelewatan selama 20 minit sebelum pesawat itu berlepas ke Fort Myers, Florida. – CARI Sumber: Kosmo
|
selipar_hijau replied at 19-10-2022 09:54 PM
Apa ke lahaaa sgt forum ni iklan belambak nak baca pun payah & nak komen pun lagi payah asik pop-up ...
selipar_hijau replied at 19-10-2022 09:54 PM
Apa ke lahaaa sgt forum ni iklan belambak nak baca pun payah & nak komen pun lagi payah asik pop-up ...
selipar_hijau replied at 20-10-2022 08:10 AM
tengkiu @kakikuDibibirmu @airfilterkotor menyakitkan jiwa bukak forum kt phone asik kuar muka the ro ...
kakikuDibibirmu replied at 20-10-2022 08:37 AM
Do you smell what The Rock is cooking Black Adam? {:mlla ...
ADVERTISEMENT