View: 1003|Reply: 14
|
Semua Penumpang Angkat Kaki, Ada Ular Dalam Kapal Terbang
[Copy link]
|
|
TRENTON, NEW JERSEY – Seekor ular mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang pesawat United Airlines apabila ia ditemui ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post.
Pesawat itu dilaporkan mendarat sekitar pukul 1.15 tengah hari (waktu tempatan) selepas menamatkan penerbangan selama dua jam dari Tampa, negeri Florida apabila jeritan penumpang kedengaran dari ruang kabin kelas perniagaan, lapor saluran berita News 12 New Jersey.
Penumpang yang ketakutan dilaporkan mengangkat kaki mereka untuk mengelak ular tersebut ketika ia menyusur di sekitar kabin.
 Foto: Getty
Seorang jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan memberitahu, pegawainya segera mengeluarkan ular itu sebaik sahaja pesawat berkenaan sampai ke pintu pagar lapangan terbang.
Masih tidak jelas bagaimana ular itu dapat memasuki pesawat berkenaan.
Selepas ia dialihkan, penumpang kemudian turun bersama bagasi mereka dan pihak berkuasa menjalankan tugas untuk mengesan sebarang reptilia lain yang berada atas pesawat, lapor laman berita Simple Flying. Bagaimanapun, tiada haiwan lain ditemui.
Gangguan itu menyebabkan penerbangan mengalami kelewatan selama 20 minit sebelum pesawat itu berlepas ke Fort Myers, Florida. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ular pun nk travel lama pkp |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak dinyatakan ular jenis apa, panjang berapa dan berat berapa kilogram. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ular tu konten cerita, bukannya angkat kaki flight lewat dan sebagainya.
Markah C+. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakikuDibibirmu at 19-10-2022 09:45 PM
Setiap masa, ular laa laaa laaa...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke lahaaa sgt forum ni iklan belambak nak baca pun payah & nak komen pun lagi payah asik pop-up macam2 |
|
|
|
|
|
|
|
cucu ular ada tak dalam tu ????? |
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 19-10-2022 09:54 PM
Apa ke lahaaa sgt forum ni iklan belambak nak baca pun payah & nak komen pun lagi payah asik pop-up ...
Install Adblocker. |
|
|
|
|
|
|
|
ye uol sampai aku menyumpah meluat la tgok black adam tu asik kuar smpai gelap screen
|
|
|
|
|
|
|
| |
|