BENTONG – Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 42 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun dalam perjalanan dari arah Bentong. “Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu lori mengubah haluan masuk ke lorong kiri untuk memotong kenderaan di hadapan dan kemudian melanggar bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri.
“Akibat kemalangan seorang pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini. Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan. Katanya pihak polis memohon mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. “Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah,” ujarnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
venom1 replied at 19-10-2022 01:56 PM
turun bukit, tukar lane, lose control, speeding, langgar belakang treler.
white_musk replied at 19-10-2022 01:58 PM
Tapi tiada sorang pun yang kena penjara, sama ada pemandu lori atau pun majikannya...
semua aman ...
ADVERTISEMENT