CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 7

Masuk Lorong Kiri Nak Memotong, Pemandu Lori Maut Langgar Belakang Treler

[Copy link]
Post time 19-10-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode
BENTONG – Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 42 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di sini malam semalam.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun dalam perjalanan dari arah Bentong.




Foto: Kosmo




“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu lori mengubah haluan masuk ke lorong kiri untuk memotong kenderaan di hadapan dan kemudian melanggar bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri.


“Akibat kemalangan seorang pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.


Katanya pihak polis memohon mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.




“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2022 01:37 PM | Show all posts
banyak pulak kes lori ni

dah nak raya kot.. kejar trip
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 01:56 PM | Show all posts
turun bukit, tukar lane, lose control, speeding, langgar belakang treler.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 01:58 PM | Show all posts
venom1 replied at 19-10-2022 01:56 PM
turun bukit, tukar lane, lose control, speeding, langgar belakang treler.

Tapi tiada sorang pun yang kena penjara, sama ada pemandu lori atau pun majikannya...
semua aman aman saja beryamseng
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 02:01 PM | Show all posts
white_musk replied at 19-10-2022 01:58 PM
Tapi tiada sorang pun yang kena penjara, sama ada pemandu lori atau pun majikannya...
semua aman  ...

pemandu lori dah selamat ke alam abadi. Tokei sedang enak dilamun mimpi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 04:23 PM | Show all posts
kesian nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya lorrr..pilihanraya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 10:02 AM | Show all posts
allahu takziah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079781 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list