Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sering mencetuskan kontroversi di media sosial untuk meraih perhatian warganet.
Terbaru, tular pula video dirinya rancak menari tarian ‘Mr Popolo, DINO SONG’ bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan. Bagaimanapun, reaksi anak sulungnya itu lebih mencuri tumpuan ramai. Menerusi entri berdurasi 19 saat itu, Ammar seolah-olah akur dengan perangai Aliff Syukri yang sedang menari sehingga hampir menolak dirinya sehingga jatuh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat Ammar yang lebih bersahaja dan terlihat lebih matang malah, ada yang menyifatkan anak sulungnya itu mirip ibunya, Datin Syahida. Bagaimanapun, Aliff Syukri sebelum ini pernah memaklumkan bahawa, dia amat tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya agar menjadi orang yang berguna dan lebih baik dari dirinya sendiri. Sumber: Xtra
|
KamikuP replied at 19-10-2022 03:53 PM
Toklip ni dulu gundu, apa rahsia dia jaga badan ye? Yg tu meoll bagi kejian eh pujian.
ALDRIN replied at 19-10-2022 08:14 PM
Dia buat bariatric. Potong usus.
ayukpingu replied at 19-10-2022 12:14 PM
aku rasa anak dia terpaksa ikut kehendak ayahnya kan..disuruh menari, menari. sabar je la yer
budak ...
ADVERTISEMENT