Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sering mencetuskan kontroversi di media sosial untuk meraih perhatian warganet.
Terbaru, tular pula video dirinya rancak menari tarian ‘Mr Popolo, DINO SONG’ bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan.
TikTok
Bagaimanapun, reaksi anak sulungnya itu lebih mencuri tumpuan ramai.
Menerusi entri berdurasi 19 saat itu, Ammar seolah-olah akur dengan perangai Aliff Syukri yang sedang menari sehingga hampir menolak dirinya sehingga jatuh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat Ammar yang lebih bersahaja dan terlihat lebih matang malah, ada yang menyifatkan anak sulungnya itu mirip ibunya, Datin Syahida.
Bagaimanapun, Aliff Syukri sebelum ini pernah memaklumkan bahawa, dia amat tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya agar menjadi orang yang berguna dan lebih baik dari dirinya sendiri.
sementara bapak bapok masih lagi bertanggungjawab bagi keperluan dan makan minum tempat tinggal, terpaksalah bertahan dengan perangai memondan bapak......dah ada income sendiri meols yakin budak ni angkat kaki...