CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Timah Kena Kecam Teruk Sebab Eleh He Eleh- Lirik Entah Apa-Apa, Macam Budak-Budak

19-10-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5522| Komen: 49

Penyanyi baharu Timah terkejut dan kecewa apabila mendapati video nyanyiannya tular serta menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen di media sosial.

Timah atau nama sebenarnya Fatimah Norryah Mohd Noor Kosygin, 14, berkata dia menerima banyak komen yang menganggap lagu berjudul Eleh He Eleh itu sebagai pelik dan tidak sesuai dinyanyikan.


Foto: IG

"Orang kecam sebab tajuk lagu itu pelik dan liriknya seperti kebudak-budakan. Sedangkan mereka tidak tahu saya baru berumur 14 tahun. Jadi rasanya ia sesuai untuk saya.

"Inilah pertama kali saya menerima kecaman. Memang terkejut dan pada awalnya agak sedikit kecewa. Bagaimanapun sekarang ini saya sudah tidak lagi ambil peduli.


"Janganlah buat saya begini. Saya masih muda lagi. Takut rasanya apabila menerima kecaman," katanya kepada mStar.



Timah sebelum itu tampil membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza Live yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Di sebalik kata-kata negatif, Timah menganggap ia juga sebagai satu hikmah apabila namanya mula dikenali dan lagu tersebut banyak digunakan sebagai muzik latar di media sosial.

"Apabila orang bercakap tentang lagu itu secara tidak langsung nama saya juga menjadi sebutan. Sedikit sebanyak ia boleh bantu untuk terus promosikan kerjaya seni.

"Ibu juga ada berpesan supaya tidak mudah rasa kecewa kerana ini adalah sebahagian yang perlu dihadapi dalam dunia seni. Apa yang penting adalah lagu tersebut berjaya mendapat perhatian ramai," ujarnya.



Dalam pada itu, Timah juga meluahkan rasa syukur apabila keluarga dan rakan-rakan sekelas memberikan sokongan ketika dia berdepan dengan kecaman sebelum ini.

Malah, bekas peserta program Mega Star Ministar 2019 ini juga tidak patah semangat untuk tampil dengan tajuk atau lagu baharu yang mungkin sekali lagi dianggap pelik dalam kalangan pendengar.



"Selepas mendapat kecaman, ada rakan-rakan sekelas yang marah dengan komen netizen. Mereka sendiri sanggup nak pertahankan saya.

"Mungkin selepas ini saya boleh tampil dengan lagu yang menggunakan tajuk yang boleh menjadi viral. Biasanya perkara-perkara pelik ini mudah dapat perhatian dan melekat di hati peminat," jelasnya.



Lagu Eleh He Eleh yang dilancarkan pada September lalu merupakan ciptaan bersama Glow Rush, Nick Ariff, Acap Salim dan Faizal Tahir.

Manakala liriknya pula ditulis oleh Shah Shamsiri, Acap Salim, Glow Rush dan Nick Arif. -CARI


Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 19-10-2022 11:07 AM
Lagu ni memang paling kimak dengan suara mcm ekzos sumbat
Quote chekacheku 19-10-2022 11:09 AM
Menunggu kecaman demi kecaman
Quote dudaberhias 19-10-2022 11:10 AM
timah mana ni? who are yusssss... rhoper betul2 macam biji timah... tadi kaka ingat timah satu lagi... timah yang duduk celah kangkang dollah...
Quote stingergrumpy 19-10-2022 11:11 AM
Timoh pazzpizzpuzz fast forward keww ini?
Quote tobobon 19-10-2022 11:17 AM
Mohon TT letak video sheols nyanyi lagu tu dlm ni
Quote mawarkhayalan99 19-10-2022 11:19 AM
whuryussss sgt ko dekkkk
Quote AcikBuncit 19-10-2022 11:27 AM
Retis2 rocketfuel ni lagu mesti campur2 english
Quote pembacagosip 19-10-2022 11:29 AM
g belajar abis dulu dik, muda sgt
sekolah dulu, timba ilmu
adoi bbnu skrg ramai sgt nak glamor
sbb duit kut
Quote Carcosa 19-10-2022 11:38 AM
Edited by Carcosa at 19-10-2022 11:39 AM

Terus akak cari lagu budak ni dkt Spotify yach
Mcm ni keee? Gambar dkt Cocomelon pun lagi elok laaaa Ini background dia dah mcm sarung tilam kepam yg beli dkt pasar malam tu


Screenshot_20221019_112925.jpg
Quote nanasno 19-10-2022 11:44 AM
budak ni bukan berlakon dalam astro ceria ke apa nama tajuk cerita tah. tapi semua budak2 la dah nama pun astro ceria.
Quote irsa 19-10-2022 11:46 AM
Mula2 baca tajuk ingatkan timah anak FF. Tgk gmbr pulak, eh x kenal la siapa gerangan..sori
Quote da_vinci 19-10-2022 11:47 AM
mak dia kata jgn mudah kecewa.....korang diam laa
Quote blueberry12 19-10-2022 11:52 AM
umur 14 tomok dah nyanyi sejarah mungkin berulang dah
Quote Thunderclouds 19-10-2022 12:02 PM
Harap family/adikbradik/sedara mara & tuan badan xdak yg berporum. Hehehe..
Quote asudau 19-10-2022 12:03 PM
sapa ni, ingatkan dik timah anak kaka faz..
rupanya timah lain
Quote mizruncing 19-10-2022 12:03 PM
benda mcm ni pon blh dijadikan lagu. hek elehhhhh
Quote VespaSilbe 19-10-2022 12:05 PM
sheols tak pakai tudung lawa yach.. comei je.. dah tak berlakon ke sekarang.. mix caines X salah ke jepun ntah
Quote ctaz 19-10-2022 12:09 PM
zaman sekarang lirik syok sendiri pun leh jadi lagu...
utung la budak BBNU zaman sekarang...bukan hidup sezaman arwah tok mat
lirik sampah dan lirik rojak pun masih leh dgr kat stesen2 radio...
zaman dulu...lirik power nak mampos pun leh kena ban....
Quote doubleA 19-10-2022 12:11 PM
Whoareyusssssss

I wont listen to your song tak berkenan lirik gini

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055546 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top