Ramai warganet mempertikaikan tindakan pendakwah bebas Ebit Lew dan Da'i Syed bertemu individu mendakwa dirinya keturunan Rasulullah SAW, Mawla Muhammad.
Malah, kelibat Ustazah Asma juga menjadi sebutan kerana bertemu lelaki berkenaan. Dalam ciapan seorang pengguna Twitter, individu berkenaan mempersoalkan sama ada Ebit dan Ustazah Asma menyokong kehadiran 'cicit nabi' itu. Bagaimanapun, segelintir netizen meminta orang ramai bersangka baik terhadap Mawla memandangkan kehadirannya tidak membawa mana-mana ajaran yang boleh menyesatkan umat Islam di Malaysia. Ada juga yang mempertahankan Ustazah Asma bertemu Mawla sekadar mengambil berkat ulamak. Pun begitu, lebih banyak kata kejian yang dilemparkan terhadap mereka. Malah, Ustzazh Asma juga dituduh tidak menjaga ikhtilat atau pergaulan kerana dikatakan berdiri rapat dengan beberapa lelaki lain walaupun dengan kehadiran suami di sisi. BACA JUGA: Pernah Terlibat Aktiviti Penipuan Duit, Individu Mengaku Cicit Nabi Scammer Dari Morocco? Kredit video: Twitter Ramai yang panas hati dengan Mawla. - CARI
|
makadek replied at 19-10-2022 12:45 AM
Kau nk masuk melaka ke cik...sambil merangkak ke padang mat sirat
asudau replied at 19-10-2022 08:09 AM
mak aku pesan, makin besar serban orang tu atas kepala, jangan la percaya sangat gitu..
.HannahMontana. replied at 19-10-2022 12:50 AM
Tengoklah siapa penyokong dia , disitu kita boleh menilai siapa org itu.
setazah jadiah tu pun gar ...
ADVERTISEMENT