CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem Tablis Iblis Tak Tayang Di Brunei, Ada Unsur Tak Sesuai Ajaran Islam

19-10-2022 03:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1500| Komen: 1|Original author: Tatod

Sumber MalaysiaKini


Penerbit Eksekutif Infinitus Productions Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai mengesahkan filem seram Talbis Iblis diharamkan daripada menemui penonton di Brunei pada 20 Oktober ini selepas gagal melepasi syarat penapisan filem bagi tayangan di negara itu.

Menerusi laporan MalaysiaKini, Gayatri berkata, pihaknya menerima keputusan itu dengan berlapang dada.

Menurutnya, setiap negara mempunyai syarat tapisan filem yang berbeza-beza sebelum meluluskan karya yang hendak memasuki pasaran mereka.


"Ada beberapa punca, antaranya kerana mengandungi ritual menghidupkan kembali bayi yang sudah mati sekali gus dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Bagaimanapun, kita perlu terima seadanya kerana setiap negara mempunyai undang-undang berbeza berhubungan tapisan filem," katanya.

Terdahulu, sebuah hantaran di akaun Instagram Times Cineplex Brunei memaklumkan Talbis Iblis tidak akan ditayangkan di negara itu kerana tidak melepasi syarat tapisan filem.


Menurut Gayatri, Talbis Iblis bukanlah satu-satunya filem terbitan syarikatnya yang diharamkan penayangan di Brunei.

Sebelum ini, katanya, sebuah filem dihasilkan bersama Astro Shaw turut mengalami nasib yang sama.

"Hoorey Hoorey juga terkena nasib yang sama. Tapi, saya okey saja. Bagi saya, tidak lulus tayangan bukan isu," katanya.


Untuk rekod, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei pada 23 Ogos 2016 dalam satu kenyataan mengumumkan filem Pekak tidak diluluskan tayangan kerana tiada unsur pendidikan serta membawa pengaruh buruk kerana memaparkan adegan menghisap dadah, penjualan dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok.

Selain itu, filem Tujuh arahan Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamruddin juga tidak diluluskan atas alasan karya tersebut mengandungi unsur tidak bermoral.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 19-10-2022 04:39 PM
cougar sangat imej acik gaya....nampak mommy sangat..patutlah julipin kekwat tak lepas...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043969 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top