CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 837|Reply: 1

Filem Tablis Iblis Tak Tayang Di Brunei, Ada Unsur Tak Sesuai Ajaran Islam

[Copy link]
Post time 19-10-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode
<div style="text-align: center;"><div class="figure"><div class="figure">Sumber MalaysiaKini


Penerbit Eksekutif Infinitus Productions Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai mengesahkan filem seram Talbis Iblis diharamkan daripada menemui penonton di Brunei pada 20 Oktober ini selepas gagal melepasi syarat penapisan filem bagi tayangan di negara itu.



Menerusi laporan MalaysiaKini, Gayatri berkata, pihaknya menerima keputusan itu dengan berlapang dada.



Menurutnya, setiap negara mempunyai syarat tapisan filem yang berbeza-beza sebelum meluluskan karya yang hendak memasuki pasaran mereka.



  



"Ada beberapa punca, antaranya kerana mengandungi ritual menghidupkan kembali bayi yang sudah mati sekali gus dianggap tidak sesuai dengan ajaran Islam.



"Bagaimanapun, kita perlu terima seadanya kerana setiap negara mempunyai undang-undang berbeza berhubungan tapisan filem," katanya.



Terdahulu, sebuah hantaran di akaun Instagram Times Cineplex Brunei memaklumkan Talbis Iblis tidak akan ditayangkan di negara itu kerana tidak melepasi syarat tapisan filem.



  



Menurut Gayatri, Talbis Iblis bukanlah satu-satunya filem terbitan syarikatnya yang diharamkan penayangan di Brunei.



Sebelum ini, katanya, sebuah filem dihasilkan bersama Astro Shaw turut mengalami nasib yang sama.



"Hoorey Hoorey juga terkena nasib yang sama. Tapi, saya okey saja. Bagi saya, tidak lulus tayangan bukan isu," katanya.



  



Untuk rekod, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei pada 23 Ogos 2016 dalam satu kenyataan mengumumkan filem Pekak tidak diluluskan tayangan kerana tiada unsur pendidikan serta membawa pengaruh buruk kerana memaparkan adegan menghisap dadah, penjualan dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok.



Selain itu, filem Tujuh arahan Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamruddin juga tidak diluluskan atas alasan karya tersebut mengandungi unsur tidak bermoral.

<div class="figcaption" style="text-align: left;">
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2022 04:39 PM | Show all posts
cougar sangat imej acik gaya....nampak mommy sangat..patutlah julipin kekwat tak lepas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107574 Replies : 6257
Fazura dan Vivy Yusuf saling unfollow IG
hell0jennieFazura dan Vivy Yusuf saling unfollow IG
Views : 31539 Replies : 208
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105745 Replies : 1702
[tvN 2024] LOVE YOUR ENEMY - Ju Ji Hoon, Jung Yu Mi ~ 23 November 2024
Rahah[tvN 2024] LOVE YOUR ENEMY - Ju Ji Hoon,
Views : 26043 Replies : 7
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40552 Replies : 19
Jatuh hotel, ahli kumpulan One Direction meninggal dunia
maklukpenggodaJatuh hotel, ahli kumpulan One Direction
Views : 13880 Replies : 18
Trump raih momentum saat akhir. Kini menyamai dengan Harris dalam tinjauan pendapat terkini
mojarean_XTrump raih momentum saat akhir. Kini men
Views : 28332 Replies : 7
CCTV pantau pegawai imigresen di pintu masuk negara
AbahmungCCTV pantau pegawai imigresen di pintu m
Views : 8545 Replies : 8
jangan duduk sini lama lama, kalau hendak duduk pergi kedai mamak dekat belakang...Wanita bengang kakitangan Mcd pesan jangan duduk lama lama di Mcd
YgBenarjangan duduk sini lama lama, kalau henda
Views : 35930 Replies : 89
Bercita-cita suatu hari nanti memegang jawatan Perdana Menteri,Setiausaha Politik Kanan kepada PMX,Shamsul Iskandar tiada niat Khianati PMX
YgBenarBercita-cita suatu hari nanti memegang j
Views : 1010 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053629 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list