CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Naik Angin, Balik Tangan Kosong- Duit Langsung Tak Dapat, Sempat Ambil Rokok Je

18-10-2022 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1426| Komen: 15

KAJANG – Seorang penjenayah pulang dengan tangan kosong apabila cubaan samun digagalkan juruwang wanita dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Semenyih Indah, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian pada pukul 7.30 malam itu berlaku apabila mangsa berusia 21 tahun didatangi seorang penyamun bersenjatakan parang.

“Suspek dipercayai lelaki tempatan yang memakai topi dan mengikat muka dengan kain kuning.

“Penjenayah memaksa mangsa menyerahkan duit dalam peti tunai, namun mangsa yang enggan telah berdolak dalik menyebabkan suspek naik angin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar Hiasan


Menurut Mohd. Zaidi, suspek yang berang kemudian menengking dan mahu merampas telefon bimbit mangsa sebelum wanita itu bertindak melarikan diri ke dalam stor dan mengunci pintu menyebabkan suspek lari serta-merta.

Jelas Mohd Zaid, hasil pemeriksaan pihaknya, suspek hanya melarikan beberapa kotak rokok manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dimana jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama 14 tahun dan dikena denda atau sebat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inpsektor Suresh Krishnan di 017-4333795 bagi bantu siasatan,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 18-10-2022 11:41 AM
"suspek yang berang kemudian menengking dan mahu merampas telefon bimbit mangsa sebelum wanita itu bertindak melarikan diri ke dalam stor dan mengunci pintu menyebabkan suspek lari serta-merta"

mcm kelakar pulak
mangsa yg x takut atau die yg x cukup crook

Quote akies 18-10-2022 11:47 AM
Outlet mana ni? 7e ka?
Tp syukur dik , ko tk diapa-apakan.
Mujur ko sempat lari masuk stor dan kunci
Quote Page88 18-10-2022 11:48 AM
Hhhmmm....
Quote ezacbee 18-10-2022 12:19 PM
Dah budak tu lari nape ko xamik duit dalam pos tu. Amik rokok lak.. Amik la air ke jajan ke..
Quote prettyuglybabe 18-10-2022 12:20 PM
cerita biasa bila nak tiba hari perayaan..
berhati-hati la korang sebab nak raya ni masing-masing giat cari duit..
Quote Kurex 18-10-2022 12:26 PM
Yennadei ke
Quote cranell 18-10-2022 12:35 PM
tengok kat tiktok kulit macam melayu...dekat speedmart semenyih
Quote limesherbet 18-10-2022 01:05 PM
dah agak dah mesti kat speedmart
Quote gigahertz 18-10-2022 10:56 PM
supernaturalee replied at 18-10-2022 03:41 AM
"suspek yang berang kemudian menengking dan mahu merampas telefon bimbit mangsa sebelum wanita itu b ...

Biasanya kalau cashier tu cantik
Mmg kena la
Quote che-cikL 19-10-2022 03:17 AM
Speedmart selalu sibuk kan ptg2, ada peluang juga ya?
Quote takayama 19-10-2022 04:47 AM
kt area kajang pun hampir ada kes cubaan menyamun
cuma yg ni customer, dia beli rokok ada yg beratur belkg dia
lps dia msk kereta, dia terus lock kereta dan mamat yg beratur belakang dia cuba nk buka pintu kereta jd dia hon panjang terus mamat tu blah
berhati2lah kita semua sbb diaorg ada di mana2 aje, kita leka mmg kita kena
Quote rosedemon 19-10-2022 09:37 AM
cari duit raya ke. nmpak amatur sgt. jadila dpt rokok. ko jual balik lah bolehla dpt puluh2 hengget
Quote dekmieDandy 19-10-2022 11:12 AM
akies replied at 18-10-2022 11:47 AM
Outlet mana ni? 7e ka?
Tp syukur dik , ko tk diapa-apakan.
Mujur ko sempat lari masuk stor dan kunci ...

speedmart semenyih ni, ada nampak kakak dia tweet
Quote Decaffeinated 19-10-2022 04:38 PM
ruginya penyamun tu

Quote afie_m 19-10-2022 04:47 PM
nasib baik tak berlaku apa2...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.116391 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top