View: 1186|Reply: 15
|
Penyamun Naik Angin, Balik Tangan Kosong- Duit Langsung Tak Dapat, Sempat Ambil Rokok Je
[Copy link]
|
|
KAJANG – Seorang penjenayah pulang dengan tangan kosong apabila cubaan samun digagalkan juruwang wanita dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Taman Semenyih Indah, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian pada pukul 7.30 malam itu berlaku apabila mangsa berusia 21 tahun didatangi seorang penyamun bersenjatakan parang.
“Suspek dipercayai lelaki tempatan yang memakai topi dan mengikat muka dengan kain kuning.
“Penjenayah memaksa mangsa menyerahkan duit dalam peti tunai, namun mangsa yang enggan telah berdolak dalik menyebabkan suspek naik angin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 Gambar Hiasan
Menurut Mohd. Zaidi, suspek yang berang kemudian menengking dan mahu merampas telefon bimbit mangsa sebelum wanita itu bertindak melarikan diri ke dalam stor dan mengunci pintu menyebabkan suspek lari serta-merta.
Jelas Mohd Zaid, hasil pemeriksaan pihaknya, suspek hanya melarikan beberapa kotak rokok manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dimana jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama 14 tahun dan dikena denda atau sebat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inpsektor Suresh Krishnan di 017-4333795 bagi bantu siasatan,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
"suspek yang berang kemudian menengking dan mahu merampas telefon bimbit mangsa sebelum wanita itu bertindak melarikan diri ke dalam stor dan mengunci pintu menyebabkan suspek lari serta-merta"
mcm kelakar pulak
mangsa yg x takut atau die yg x cukup crook
|
|
|
|
|
|
|
|
Outlet mana ni? 7e ka?
Tp syukur dik , ko tk diapa-apakan.
Mujur ko sempat lari masuk stor dan kunci |
|
|
|
|
|
|
|
Dah budak tu lari nape ko xamik duit dalam pos tu. Amik rokok lak.. Amik la air ke jajan ke..  |
|
|
|
|
|
|
|
cerita biasa bila nak tiba hari perayaan..
berhati-hati la korang sebab nak raya ni masing-masing giat cari duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kat tiktok kulit macam melayu...dekat speedmart semenyih |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah mesti kat speedmart |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 18-10-2022 03:41 AM
"suspek yang berang kemudian menengking dan mahu merampas telefon bimbit mangsa sebelum wanita itu b ...
Biasanya kalau cashier tu cantik
Mmg kena la |
|
|
|
|
|
|
|
Speedmart selalu sibuk kan ptg2, ada peluang juga ya? |
|
|
|
|
|
|
|
kt area kajang pun hampir ada kes cubaan menyamun
cuma yg ni customer, dia beli rokok ada yg beratur belkg dia
lps dia msk kereta, dia terus lock kereta dan mamat yg beratur belakang dia cuba nk buka pintu kereta jd dia hon panjang terus mamat tu blah
berhati2lah kita semua sbb diaorg ada di mana2 aje, kita leka mmg kita kena |
|
|
|
|
|
|
|
cari duit raya ke. nmpak amatur sgt. jadila dpt rokok. ko jual balik lah bolehla dpt puluh2 hengget |
|
|
|
|
|
|
|
speedmart semenyih ni, ada nampak kakak dia tweet
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak berlaku apa2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|