Pelantun lagu All About That Bass, Meghan Trainor mengaku seperti kehilangan dirinya yang sebenar selepas melahirkan anak pertama dari perkahwinan dengan Daryl Sabara, 20 bulan lalu.
Menurut Trainor, 28, apa yang lebih membuat dia benci melihat diri sendiri adalah ‘kemunculan’ stretch mark dan berat badannya yang semakin meningkat. Dalam temubual bersama MailOnline, penyanyi itu juga mengaku pengalaman yang dilaluinya sepanjang hamil dan selepas melahirkan pada Februari 2021 lalu sebagai mengerikan. “Lagu pertama yang saya tulis selepas melahirkan, maksud saya sebaik menjalani pembedahan dengan tubuh dipenuhi strech mark, saya berasa terlebih, terlebih tidak menyayangi diri saya.
“Berat badan saya bertambah dan ia tidak pernah terjadi sebelumnya. Judulnya, Remind Me dan ia berkisah tentang bagaimana suami masih melihat saya cantik seperti sebelumnya di dalam album ini,” ujar Trainor. Pemenang Grammy itu bagaimanapun mengaku mendapat kekuatan melalui banyak sokongan positif dan inisiatif dirinya untuk menurunkan berat badan. “Setiap hari saya berfikir semuanya sukar, tapi jika saya boleh melalui detik sukar seperti menjalani pembedahan sewaktu melahirkan, mengapa saya tidak boleh ke gym setiap hari? Saya kuat,” katanya. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT